suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Puasa dan doa Hari Arafah... Wanita imbas impian timang zuriat jadi kenyataan selepas 3 bulan, terus sujud syukur - “Memang real!”

Impian untuk memiliki zuriat adalah harapan terbesar bagi sesetengah pasangan. -Gambar hiasan AI

UMAT Islam digalakkan memperbanyakkan doa dan amalan pada Hari Arafah kerana ia dianggap antara waktu paling mustajab untuk memohon apa sahaja kepada Allah SWT.

Bagi seorang wanita, pengalaman dilalui tahun lalu membuatkan dia benar-benar yakin dengan keistimewaan hari tersebut selepas doa dipanjatkan dimakbulkan dalam tempoh singkat.

Wanita berkenaan berkata, dia sebelum itu pernah mendengar banyak perkongsian tentang betapa mustajab doa pada Hari Arafah.

Disebabkan itu, dia mengambil peluang untuk berdoa bersungguh-sungguh sambil berpuasa sunat pada hari berkenaan.

Anak bukan sekadar anugerah Allah, malah amanah paling besar buat ibu bapa. -Gambar hiasan AI

"Saya pernah dengar orang kata doa di Hari Arafah ini memang mustajab.

"Jadi saya pun berdoalah minta zuriat disertakan dengan puasa Hari Arafah," kongsinya.

Dengan izin Allah, wanita tersebut berkata doanya dimakbulkan tidak lama kemudian apabila dia disahkan hamil selepas tiga bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak putus doa sepanjang hamil, suami isteri OKU syukur dua anak lahir normal... Kagum cepat ‘tangkap’ bahasa isyarat

ARTIKEL BERKAITAN: Doa tak baik untuk rakan mulut celupar, wanita bimbang jadi asbab sampai sekarang diri tak hamil-hamil

"Guess what? Selang tiga bulan, saya terus pregnant. Hebatnya kuasa Allah," ujarnya.

Menurutnya lagi, dia tidak dapat menahan rasa syukur sebaik mengetahui berita kehamilan yang ditunggu-tunggu itu.

"Saya terus buat sujud syukur masa dapat tahu saya pregnant. Saya cuma nak beritahu yang doa di Hari Arafah mustajab. Memang real," kongsinya lagi.

  • Seorang wanita berkongsi pengalaman doanya dimakbulkan selepas berdoa pada Hari Arafah.
  • Dia meminta doa agar dikurniakan zuriat.
  • Dengan izin Allah, dia disahkan hamil tiga bulan kemudian.
  • Wanita itu sujud syukur kerana Allah memakbulkan doanya.
  • Ada antara netizen turut berkongsi pengalaman doa memohon zuriat pada Hari Arafah dimakbulkan-Nya.

Perkongsiannya itu mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya bersetuju bahawa Hari Arafah merupakan antara waktu terbaik untuk berdoa dan memohon hajat kepada Allah.

Dalam pada itu, ada netizen turut berkongsi pengalaman masing-masing yang mendakwa pernah melalui situasi sama selepas berdoa bersungguh-sungguh pada Hari Arafah.

"Hari Arafah lima tahun lepas, masa tu hujan lebat sangat, saya doa sunguh-sungguh untuk zuriat, lepas sebulan pregnant tapi lepas tu keguguran, hari ni saya nak doa sungguh-sungguh lagi.

"Masya-Allah Allahuakbar. Saya pun sama, doa di Hari Arafah tahun lepas, sebulan lepas tu double line setelah enam tahun jarak dengan anak pertama," demikian antara komen netizen. 

Artikel Lain