suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Depan saya bertudung, tapi dedah aurat dekat WhatsApp” - Lelaki ‘berat’ jodoh buntu calon isteri ambil mudah soal agama

Setiap orang berhak mencari pasangan hidup mengikut pilihan hati masing-masing. -Gambar hiasan AI

PADA usia yang sudah menginjak 40 tahun, seorang lelaki mengakui kini berada dalam dilema besar sama ada mahu meneruskan niat untuk bernikah ataupun tidak dengan wanita yang baru dikenalinya.

Bukan disebabkan tiada cinta, namun dia mula diselubungi rasa ragu-ragu selepas melihat sikap wanita itu yang didakwa culas dan seperti tidak ikhlas dalam menjaga batas aurat sebagai seorang muslimah.

Bagi lelaki matang ini, soal maruah dan pematuhan hukum agama bukanlah satu perkara remeh memandangkan ia bakal melibatkan tanggungjawab besar serta 'saham' akhiratnya sebagai seorang bakal ketua keluarga kelak.

"Adakah kalau saya tolak dianggap permainkan perasaan wanita? Kami belum ada ikatan halal, masih belum bertunang. Isu dia sekarang dia aurat pun dia tak mampu jaga... apa lagi mau jaga saya.

Berbincang dan toleransi penting bagi mengekalkan hubungan yang sejahtera. -Gambar hiasan AI

"Dia memang bertudung. Waktu kerja pun pakai tudung, keluar rumah pun pakai tudung. Cuma ada masanya dia post gambar tak pakai tudung di media sosial.

"Depan saya dia pakai tudung tapi banyak kali kantoi kongsi gambar dedah aurat dekat status WhatsApp. Selain tu tak ada masalah cuma dia macam tak ikhlas jaga aurat," luahnya berkongsi kegusaran di media sosial.

Tambah lelaki berkenaan, apa yang paling merunsingkan fikirannya bukan sekadar soal memakai tudung semata-mata, sebaliknya melibatkan kefahaman sebenar wanita itu mengenai tuntutan syariat dalam menutup aurat.

Baginya, menjaga aurat bukan hanya berpaksi pada sehelai tudung di kepala, tetapi turut merangkumi cara berpakaian yang sopan serta disiplin tinggi dalam menjaga batas pergaulan di hadapan golongan bukan mahram.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jantan tu tahu bentuk badan kami!” - Gadis berang ‘roommate’ VC lelaki sambil mandi, sampai terlanjur tayang aurat kawan sebilik

ARTIKEL BERKAITAN: Baju sendat, kadang-kadang tak pakai seluar... Wanita hilang sabar, biras menumpang di rumah tak jaga batas aurat

"Dari segi sekufu, dia ada kerjaya, berpelajaran dan kalau kami keluar dia jaga batas sebagai Muslim. Cuma kadang tu dia dedah aurat dengan bukan mahram. Tak selalu free hair sebab tu saya keliru.

"Menjaga aurat tak semestinya bertudung. Kalau bertudung tapi menampakkan bentuk tubuh (pakaian ketat) pun dikira tak menjaga aurat.

"Paling rugi apabila bertudung untuk puaskan manusia, sepatutnya ikhlas kerana Allah. Saya nasihatkan diri dan bukan perempuan saja harus tutup aurat. Lelaki pun ada batas auratnya," ujar lelaki itu lagi dengan panjang lebar.

Perkongsian luahan hati lelaki matang ini ternyata mengundang pelbagai reaksi hangat daripada warga maya yang rata-ratanya mempunyai sudut pandang yang berbeza mengenai isu sensitif tersebut.

  • Lelaki gusar wanita dikenalinya culas jaga aurat.
  • Wanita bertudung tapi kadang dedah aurat di media sosial.
  • Lelaki 40 tahun itu dilema nak teruskan hubungan.
  • Isu aurat jadi kebimbangan utama sebelum nikah.
  • Netizen berbeza pendapat mengenai luahan lelaki itu.

Ada segelintir netizen yang berpendapat kelemahan wanita itu tidak seharusnya dijadikan alasan mutlak untuk menolak niat suci perkahwinan, sebaliknya ia adalah ruang untuk dibimbing.

"Dah tahu nak kahwin dengan orang menutup aurat, carilah jenis menutup aurat sejak mula. Hal macam ni pun tak boleh fikir, kata dah umur 40 tahun.

"Dia tak menutup aurat tu adalah satu kelemahan yang dia perlu perbaiki. Sebab satu kelemahan ini, dia tak layak dinikahi ke? Awak langsung tak ada kelemahan ke?" komen beberapa netizen.

Bagaimanapun, seorang wanita turut menyatakan dia memahami kegusaran lelaki tersebut dan menganggap kebimbangan itu wajar dipandang serius.

"Kenapa ye ramai perempuan kecam dia ni. Aku sebagai perempuan yang sebaya dengan dia, sangat setuju dengan statement ni.

"Dah kalau isteri tak pandai jaga aurat, kan ke itu aib dan azab untuk suami dekat akhirat kelak," jelas seorang lagi netizen.

Artikel Lain