suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baju sendat, kadang-kadang tak pakai seluar... Wanita hilang sabar, biras menumpang di rumah tak jaga batas aurat

Perselisihan faham antara suami isteri kerap berpunca daripada orang ketiga. -Gambar hiasan AI

MENJADI lumrah dalam fasa awal kehidupan berumah tangga, ada sebahagian pasangan yang terpaksa memilih untuk tinggal bersama ibu bapa atau adik-beradik lain disebabkan kekangan kewangan.

Bagaimanapun, situasi ini adakalanya mengundang konflik tersendiri seperti yang dilalui oleh seorang wanita yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila terpaksa berkongsi bumbung dengan adik ipar lelakinya yang sudah pun berkeluarga.

Menurut wanita tersebut, rumah yang diduduki sekarang merupakan aset milik mereka suami isteri yang baharu sahaja dibeli.

Namun, adik iparnya itu sudah sedia tinggal di situ sejak awal kerana mereka pernah berkongsi membayar komitmen bulanan sewaktu rumah tersebut masih berstatus sewa.

Perbezaan pendapat boleh diselesaikan menerusi perbincangan. -Gambar hiasan AI

Perbezaan pendapat boleh diselesaikan menerusi perbincangan. -Gambar hiasan AI

"Dia ada seorang anak,  tapi saya dah jadi kurang selesa tinggal bersama. Sekarang dah setahun mereka anak-beranak duduk bersama sekali. 

"Saya jadi tak selesa sebab bini dia seksi, siap pakai pakaian sendat. Kadang-kadang dia hanya berbaju tetapi tak berseluar," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendiam tapi pengotor! Pemuda bengang rakan serumah berubah watak, malas cuci pinggan - “Dah bertingkat macam bufet”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rimas suami izin abang, adik ipar lelaki tinggal sebumbung... Rasa macam kahwin ‘pakej’ kena layan makan, pakai ramai-ramai

Lebih menambahkan rasa tidak selesa, Wanita itu berkata birasnya itu langsung tidak membantu dan lebih terperap di dalam bilik.

“Dia banyak duduk dalam bilik. Hanya keluar masa nak makan, apabila dah kenyang masuk bilik semula. 

"Tak bantu kemas rumah. Rasa macam kita pula menumpang rumah dia,” luahnya.

Wanita itu turut mendakwa sudah beberapa kali menegur dan meminta suaminya menyampaikan perkara tersebut kepada adik lelaki berkenaan, namun keadaan masih tidak berubah.

"Dah tegur pun sama juga. Saya dah suruh suami beritahu adik ipar tentang bini dia.

"Dalam hati ni memang nak marah je. Sakit mata tengok," katanya. 

  • Wanita tidak selesa tinggal serumah dengan adik ipar berkeluarga.
  • Rumah milik mereka namun masih dikongsi bersama adik ipar.
  • Dia dakwa biras kurang membantu kerja rumah.
  • Teguran sudah dibuat tetapi tiada perubahan.
  • Situasi ini cetus pergaduhan suami isteri.

Tambahnya, situasi itu membuatkan dia semakin tertekan sehingga menjejaskan hubungan mereka suami isteri.

"Saya minta suami suruh mereka cari rumah lain tapi suami kesian kat adik dia sebab nak sewa rumah mahal. Sekarang kami pula yang bergaduh sebab mereka," katanya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang menyarankan wanita itu sendiri memberitahu masalah tersebut kepada adik ipar dan birasnya.

"Luahkan apa yang tak puas hati dan selesaikan terus secara baik. Lebih baik semua duduk semeja, bincang elok-elok dan selesaikan pada hari tu juga.

"Berterus terang je. Suruh mereka cari rumah sewa lain sebab tiada privasi. Lagi pun aurat kena jaga," cadang warga maya.

Artikel Lain