SEORANG pekerja tapak binaan mendedahkan pelbagai kisah gelap yang didakwa berlaku di sebalik tabir projek-projek mega, terutama melibatkan pekerja asing tanpa dokumen.Menurutnya, pendedahan itu bukanlah rekaan kosong, sebaliknya maklumat yang kerap didengarinya sendiri daripada mulut pegawai keselamatan tapak pembinaan yang sudah mempunyai pengalaman puluhan tahun dalam industri tersebut. Katanya, insiden tragis seperti pekerja terjatuh dari bangunan tinggi sebenarnya bukanlah perkara asing di tapak projek, namun apa yang mengejutkan, ada sesetengah kes didakwa sengaja disembunyikan tanpa laporan.Prosedur operasi standard (SOP) yang ketat di tapak binaan diperkenal bagi mengelak kejadian tidak diingini. -Gambar hiasan AI"Kes mati jatuh bangunan tu normal je, tak heboh kepada media dan pihak berkuasa sebab tak nak bagi sesuatu projek tu tergendala atau dihentikan sebab siasatan."Jadi mereka pilih untuk tanam je mayat tu dalam bangunan yang dibina," dakwa lelaki tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja binaan luah perasaan, kongsi realiti di tapak projek... Semua sepakat mental kena kuat, tahan dimakiARTIKEL BERKAITAN: Pekerja tapak binaan putus separuh badan ditimpa forklift - “Saya tidak sedarkan diri beberapa kali”Bukan sekadar kemalangan di tempat kerja, dia turut mendedahkan bahawa pergaduhan berdarah sesama pekerja sehingga meragut nyawa juga pernah berlaku di kawasan terlindung itu."Kes bunuh sesama pekerja pun ada. Kalau 50-50 tu mereka akan bawa juga pergi ke hospital. Kes gengster bunuh orang tanam dekat tapak projek pun ada," katanya lagi.Menurut lelaki itu, antara faktor utama perkara tersebut sukar diuruskan ialah kerana ada pekerja asing yang tidak memiliki permit atau dokumen sah.“Kalau pekerja tiada dokumen, nak bawa ke hospital pun susah sebab syarikat boleh berdepan tindakan. Nak uruskan pengebumian pun banyak proses,” katanya.Pekerja dakwa ada kisah gelap di tapak binaan melibatkan pekerja asing.Ada dakwaan kematian tidak dilaporkan untuk elak projek tergendala.Turut didakwa berlaku kes pergaduhan sehingga membawa maut.Pekerja tanpa dokumen dikatakan menyukarkan urusan pihak syarikat.Perkongsian itu tular namun kesahihannya belum disahkan.Ringkasan ini dijana oleh AISelain itu individu berkenaan turut menggambarkan situasi di tingkat-tingkat tinggi struktur bangunan yang sangat sunyi dan terpencil, sehinggakan jika berlaku sebarang kemalangan, ia boleh berlalu begitu sahaja tanpa disedari oleh pekerja lain.Perkongsian berani ini ternyata mencuri perhatian netizen di media sosial, dengan beberapa individu yang pernah terlibat dalam industri sama tampil mengesahkan kebenaran di sebalik dakwaan tersebut."Lepas habis pratikal, terus tukar bidang sebab tak sanggup nak kerja dekat tapak binaan. Trauma sebab pengalaman masa pratikal."Teringat cerita dalam podcast. Memang betul, buruh yang meninggal kat tapak binaan yang tiada permit akan di simen je dalam bangunan," komen warga maya.