KEBERSIHAN sememangnya amat dititikberatkan dalam agama, lebih-lebih lagi di tempat ibadah yang menjadi tumpuan umat Islam untuk bersujud mencari ketenangan.Namun, kesucian sebuah masjid di Kuala Lumpur dicemari oleh tabiat buruk segelintir pengunjung wanita selepas dinding ruang solat dikesan penuh dengan kesan calitan gincu.Perbuatan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja mencacatkan pemandangan, malah mencetuskan persoalan besar mengenai tahap mentaliti dan sivik segelintir individu ketika berada di dalam rumah Allah.Wanita akan memakai mekap semula selepas selesai beribadat. -Gambar hiasan AI“Ikhlas nak tanya… ni di sebuah masjid kat Kuala Lumpur. Sebelum solat nak tanggal lipstik tu kena cium dinding ke macam mana? "Selekeh betul,” katanya menerusi satu perkongsian di media sosial.ARTIKEL BERKAITAN: “Aku tak tutup aurat” - Wanita berang lelaki terjah surau perempuan tanpa rasa bersalah, alasan nak panggil pasanganARTIKEL BERKAITAN: Surau sempit, ramai tunggu nak solat... Pelik ada mak ayah sibuk ajar anak kecil sembahyang, cara ambil wudukBagi mengukuhkan dakwaannya, wanita itu turut berkongsi gambar memaparkan keadaan dinding berkenaan yang jelas kelihatan kesan lipstik memenuhi ruang berwarna putih berdekatan cermin.Lebih meloyakan tekak, selain calitan jari, kesan lipstik berbentuk bibir juga kelihatan di dinding tersebut.Tambah wanita itu, kesan calitan itu dipercayai berlaku apabila ada individu yang mencalit kesan gincu di tangan pada dinding kerana tidak mempunyai tisu.“Yang calit-calit tu mesti lepas top up lipstik, lepas tu tak ada tisu nak lap jari,” katanya.Wanita kecewa lihat dinding masjid dipenuhi kesan lipstik.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen.Netizen anggap perbuatan itu tidak beradab.Ramai ingatkan pentingnya menjaga kebersihan masjid.Kesan lipstik pada dinding cetus kecaman ramai.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata bersetuju bahawa kebersihan di masjid perlu dipelihara oleh semua pihak.Malah, ramai mengingatkan bahawa menjaga adab dan kebersihan rumah Allah merupakan tanggungjawab bersama agar keselesaan jemaah lain tidak terjejas."Sedihnya benda macam ni juga banyak berlaku di surau awam. Pelik perempuan macam ni, anda mekap muka atau dinding?"Masa nampak benda macam ni, aku dah cakap dalam hati apa bengap sangat orang yang cium dinding ni?"Kalau tak bawa tisu, lap dekat pakaian sendiri. Balik boleh basuh, kenapa buat dekat dinding surau dan masjid," kata netizen.