Hanya ibu yang melalui perjalanan penyusuan memahami betapa berharganya setiap titis susu badan yang berjaya diperah dan disimpan. -Gambar hiasan AI
BAGI seorang ibu, setiap titis susu badan bukan sekadar sumber makanan buat si kecil, sebaliknya lambang pengorbanan dan penat lelah yang sukar digambarkan dengan kata-kata.Bayangkan, ibu tanpa culas melakukan rutin mengepam setiap hari demi memastikan bekalan mencukupi lebih-lebih lagi sekiranya perlu keluar bekerja atau berjauhan dengan bayi. Namun menurut cerita seorang wanita, segala usaha yang dikumpulkan sejak dalam tempoh berpantang musnah sekelip mata apabila suaminya bertindak membuang semua stok susu badan yang disimpan di dalam peti sejuk beku."Masa pantang memang over supply, jadi saya banyak simpan susu dalam freezer."Tiap hari saya yang jaga bayi, tapi satu hari tu terpaksa suruh husband jaga sebab saya kerja," katanya.Sokongan suami dapat membantu menjaga emosi dan kesihatan mental isteri. -Gambar hiasan AIBagaimanapun, sebaik pulang ke rumah, dia terkejut apabila mendapati semua stok susu yang disimpan sudah tiada.Menurut wanita itu, suaminya memaklumkan bayi mereka menangis dan enggan meminum susu yang diberikan."Masa saya balik rumah, saya tengok susu saya semua dah tak ada dalam freezer."Apabila ditanya, dia (suami) jawab... bayi nangis tak nak susu. Saya dah cuba semua dalam tu."Lepas tu saya tanyalah... yang susu dia (bayi) tak nak tu simpan di mana? Dan suami jawab... saya buanglah," katanya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri buang semua stok susu badan tanda protes… Hancur hati dihina makan pelahap depan kawanARTIKEL BERKAITAN: Wanita terlalu 'naif', terkedu dapat tahu ada ibu tolak sepenuhnya beri anak susu badan - "Nanti susah nak jalan-jalan"Wanita berkenaan mengakui kejadian itu memberi kesan yang sangat mendalam terhadap emosinya sehingga menjejaskan penghasilan susu badan."Sejak itu, susu saya drop teruk. Iyalah, susu badan tu rezeki, macam tu je dia buang. Sedih sangat sampai sekarang," luahnya.Malah, wanita itu berkata dia hanya mampu berdiam diri dan menangis sebaik mengetahui perkara tersebut kerana terlalu terkejut dengan tindakan suaminya."Nak marah dia pun tak terkeluar kata-kata. Memang rasa numb," katanya.Seorang wanita meluahkan rasa sedih apabila suaminya membuang semua stok susu badan yang disimpan.Tindakan itu berlaku selepas bayi dikatakan enggan meminum susu yang diberikan.Wanita itu mengakui kejadian tersebut menyebabkan emosinya terganggu dan penghasilan susu badan merosot.Rata-rata netizen bersimpati kerana memahami pengorbanan seorang ibu mengumpul stok susu.Ada juga yang mengkritik tindakan suami kerana tidak bertanya atau menghubungi isteri sebelum membuang susu berkenaan.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati terhadap wanita berkenaan dan menyifatkan tindakan suaminya sebagai sesuatu yang sukar diterima, terutama bagi ibu yang pernah melalui pengalaman menyusukan anak.Dalam masa sama, ada juga yang berpandangan kejadian itu mungkin berpunca daripada kurangnya pengetahuan si suami mengenai penyusuan bayi."Sakit nak dapatkan susu ni lain. Iyalah, bukan badan dia kan."Sampainya hati buang… tak ada WhatsApp atau call tanya dulu ke sebelum tu?"Jangan tambah anak dah, jelas suami awak tak berminat jadi bapa pun," demikian antara komen netizen.