Ada individu suka mengambil kesempatan atas kebaikan rakan sekerja tanpa menyedari perbuatan tersebut tidak menyenangkan orang lain. -Gambar hiasan AI
HUBUNGAN baik dengan rakan sekerja sememangnya penting bagi mewujudkan suasana kerja yang harmoni, namun sikap mengambil kesempatan boleh mengundang rasa kurang senang.Demikian dengan situasi dialami seorang wanita ini yang mendakwa sudah tidak tahan dengan sikap seorang rakan sekerjanya yang kerap mengirim makanan atau minuman setiap kali dia keluar membeli, namun tidak pernah membayar semula. Menerusi satu hantaran di media sosial, wanita itu berkata keadaan tersebut membuatkan dia berasa serba salah setiap kali ingin keluar membeli makanan kerana bimbang rakannya akan mengirim.ARTIKEL BERKAITAN: Budak intern dah tak tahan jadi ‘kuli batak’ beli makanan... Rakan hanya goyang kaki, beri alasan malas keluar sebab panasARTIKEL BERKAITAN: Gadis kecewa BF tak sentuh bekal dikirim, pergi 'kutip' semula waktu malam - "Dia kata saya mengongkong""Boleh tak normalisasikan, orang yang kirim minum atau makan tu bayar balik? Like seriously, tiap kali aku keluar beli makan, kau nak kirim dan tak bayar?"Kau tak malu ke? Aku yang takut tau nak keluar beli makan... takut kau nak kirim," luahnya.Menurut wanita itu, dia pernah secara berlapik meminta rakannya itu memberikan wang sebelum mahu mengirim makanan atau minuman. Membantu membelikan makanan merupakan salah satu cara untuk mengeratkan hubungan sesama rakan sekerja. -Gambar hiasan AIBagaimanapun, tindakannya itu mengundang rasa kurang senang apabila rakannya didakwa melabelkan dirinya sebagai seorang yang kedekut."Dah cakap direct minta duit sebelum kirim. Tapi dia cakap kuat-kuat kata saya ni kedekut, gaji tinggi tapi setakat air murah pun berkira dengan kawan-kawan," dakwanya.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.Seorang wanita rimas dengan sikap rakan sekerja yang suka kirim makanan atau minuman.Dia mendakwa rakan tersebut suka mengirim tanpa memberikan wang, dan akhirnya tidak membayar.Disebabkan 'masak' dengan taktik tersebut, dia pernah meminta wang secara berlapik tapi diejek sebagai kedekut.Bukan mahu berkira, namun sikap itu baginya seolah-olah cuba mengambil kesempatan.Netizen menyarankan supaya wanita berkenaan bersikap lebih tegas.Ringkasan ini dijana oleh AIRata-ratanya berpendapat setiap individu bertanggungjawab mengeluarkan bayaran bagi makanan atau minuman yang dipesan, tanpa mengira nilai harganya.Malah, ada beranggapan meminta bayaran terlebih dahulu bukanlah satu sikap kedekut, sebaliknya bagi mengelakkan salah faham dan memastikan urusan antara rakan sekerja lebih profesional."Memang ada spesies yang buat-buat lupa nak bayar balik ni."Kena menekan-nekan dia. Kalau dia menyampah dengan kita nanti dia tak kirim dah lah," komen netizen.