suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penumpang minta tukar ‘seat’ penerbangan, lelaki tolak anggap alasan tak munasabah - “Bukan mati pun tak duduk sebelah bini”

Karenah penumpang lain adalah antara perkara yang tidak dapat dielakkan ketika menaiki pengangkutan awam. -Gambar hiasan AI

PELBAGAI ragam manusia dapat dilihat ketika menggunakan pengangkutan awam yang adakalanya mengundang rasa kurang senang.

Antara situasi sering berlaku termasuklah permintaan bertukar tempat duduk kerana mahu duduk bersama pasangan. 

Walaupun ada penumpang yang sedia bertolak ansur, tidak kurang memilih untuk menolak permintaan berkenaan atas faktor keselesaan dan hak terhadap tempat duduk yang ditempah.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda disindir lepas minta pulangkan ‘seat’ tepi tingkap, hilang ‘mood’ dengar suara sinis orang belakang - “Kelas ekonomi je pun”

ARTIKEL BERKAITAN: Demi ‘seat’ tepi tingkap, makcik sanggup tebal muka! Membatu diminta bangun, kru kabin cuba ‘settle’ pun tak dilayan

Begitulah situasi dikongsikan seorang lelaki ini mengenai pengalamannya ketika menaiki penerbangan tambang murah, beberapa hari lalu.

"Hang (awak) naik **** (penerbangan tambang murah). Bini hang dapat seat lain, hang dapat seat lain. Lepas tu nak minta tukar dengan aku," tulisnya dalam hantaran di Threads. 

Menurut lelaki itu, dia enggan memenuhi permintaan tersebut kerana menganggap pasangan berkenaan sepatutnya merancang lebih awal dengan membeli pilihan tempat duduk jika mahu duduk bersama.

"Dah aku tak nak. Suka hati akulah. Bukan mati pun flight satu jam tak duduk sebelah bini. Lepas tu mengata aku. Bayarlah nak duduk sebelah-sebelah," luahnya.

Kebanyakan penumpang tidak kisah membayar tambang lebih mahal untuk memilih tempat duduk demi keselesaan. -Gambar hiasan

Bagaimanapun, lelaki itu menjelaskan dia bukan seorang tidak bertimbang rasa dan masih bersedia membantu jika keadaan benar-benar memerlukan, namun tidak dalam situasi dialami ketika itu.  

"Bukan tak ada timbang rasa. Kalau sebab hang ada anak kecil atau seat bini hang just next row... boleh la kot. 

"Tapi bini hang duduk seat row 7 dan seat aku row 25. What the heck aku nak patah balik ke depan dengan ramai-ramai duk tengah boarding. Tak ada akal. Beli seat tak nak. Lepas tu nak susahkan orang," kongsinya.

  • Seorang lelaki berkongsi pengalaman diminta bertukar tempat duduk ketika menaiki penerbangan tambang murah.
  • Dia menolak permintaan itu kerana penumpang berkenaan mahu duduk bersebelahan isterinya.
  • Menurutnya, pasangan tersebut sepatutnya membeli pilihan tempat duduk jika mahu duduk bersama.
  • Lelaki itu berkata dia sanggup bertolak ansur jika melibatkan anak kecil atau pertukaran tempat duduk yang berdekatan.
  • Perkongsiannya menerima pelbagai reaksi, dengan kebanyakan netizen bersetuju dengan pendiriannya.

Perkongsian berkenaan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pendirian lelaki itu.

Menurut mereka, setiap penumpang mempunyai hak untuk kekal di tempat duduk sendiri, lebih-lebih lagi jika tempat berkenaan dipilih atau dibayar lebih awal.

"Seperation anxiety. Waktu kecil dulu tak kena bedung kot.

"Pilih tempat duduk bersebelahan cuma RM12. Saya setuju dengan awak. Kalau terlalu berkira nak keluarkan duit, janganlah menyusahkan atau mengganggu keselesaan orang lain," demikian antara komen netizen. 

Artikel Lain