PENGGUNA kemudahan pengangkutan awam pastinya sudah terbiasa berdepan situasi berhimpit dengan ratusan manusia terutama pada waktu puncak.Menurut seorang lelaki, dia kesal apabila bahagian alat sulitnya hampir disentuh oleh penumpang lain ketika tren yang dinaiki berhenti secara mengejut. "Semua pengguna LRT dan MRT, tolonglah pegang tempat pemegang yang disediakan. Ia disediakan untuk dipegang demi keselamatan.Tren padat dengan penumpang terutamanya ketika waktu puncak. -Gambar hiasan AI"Kisahnya, ada seorang hamba Tuhan ini tengah syok bersembang dengan kawannya. Bila tren berhenti dan brek mengejut, dia terus hilang keseimbangan."Sampai tangan dia tersasar dan hampir pegang alat sulit aku. Tindakan refleks aku terus tepis," ujarnya dalam perkongsian di Threads.Menerusi hantaran sama, dia mendakwa individu itu turut membuat muka tidak puas hati selepas tangannya ditepis dalam insiden berkenaan.Pemuda kongsi kejadian memalukan yang berlaku di dalam sebuah tren.Dia mendakwa tren brek mengejut sehingga ada penumpang hilang kawalan.Dia mendakwa seorang penumpang hampir terpegang kemaluannya dalam kejadian itu.Pemuda itu kesal kerana individu berkenaan buat muka tak puas hati selepas tangannya ditepis.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kalau tahu tak boleh seimbangkan badan, peganglah tempat pemegang. Jangan main redah je. Lepas aku tepis, dia buat muka."Pengangkutan awam ni kita kongsi sama-sama. Tolonglah jaga diri sendiri dan hormat ruang peribadi orang lain. Pegang tempat pemegang, bukan pegang orang sebelah," tulisnya lagi.Bagaimanapun, dia tidak mendedahkan jantina individu didakwa hampir menyentuh alat sulitnya itu.ARTIKEL BERKAITAN: Ibu hamil tak dapat tempat duduk dalam tren digesa bersuara, bukan mengeluh di media sosial - “Bukan semua orang perasan awak mengandung”ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki India kagum lihat ramai orang Melayu suka baca al-Quran dalam tren, tak buang masa layari InternetHantaran dimuat naik oleh pemuda itu turut mengundang pelbagai komen daripada netizen."Saya pun pernah kena. Ada lelaki ini pegang bahu bila tren brek mengejut. Padahal ada je tempat pemegang tu."Lagi menyampah penumpang yang sibuk main game, lepas tu terhuyung-hayang nak jatuh atas orang lain," tulis netizen lagi.