suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Doa orang teraniaya tiada hijab! Nenek ditipu beli tanah guna ‘mulut’, waris tanggung macam-macam masalah setiap kali nak jual

Urusan jual beli tanah perlu ada perjanjian hitam putih bagi mengelakkan jadi mangsa penipuan. -Gambar hiasan AI

URUSAN jual beli yang dilakukan tanpa sebarang dokumen atau bukti bertulis boleh mengundang pelbagai masalah, malah kesannya mungkin berlarutan sehingga bertahun-tahun.

Itu pengajaran dikongsikan seorang wanita mengimbau pengalaman neneknya yang didakwa kehilangan hak terhadap sebidang tanah gara-gara urusan jual beli hanya dibuat secara lisan.

Menurut wanita itu, neneknya membeli tanah di belakang rumah ketika berusia 18 tahun menggunakan hasil tangkapan ikan yang diusahakan arwah datuknya sebagai nelayan.

Bagaimanapun, urusan pertukaran hak milik sering ditangguhkan walaupun beberapa kali diajak untuk berbuat demikian.

Salah percaturan ketika membeli rumah bakal memberi kesan buruk pada diri. -Gambar hiasan

"Nenek pernah beli tanah belakang rumah aku. Tapi orang dulu-dulu beli dengan 'mulut'. Masa tu pun nenek aku baru umur 18 tahun.

"Ajak pergi tukar nama tapi selalu tangguh. Tak sampai sebulan, tuan tanah meninggal. Anak dia angkat sumpah yang nenek aku tak pernah beli tanah tersebut.

"Nenek aku reda tapi dia selalu cakap, dekat akhirat nanti 'ikan selar' akan jadi saksi sebab tanah itu dibeli hasil tangkapan nelayan oleh arwah datuk aku," ujarnya mengimbas kembali kisah tersebut.

Menurutnya lagi, tanah berkenaan sehingga kini masih belum berjaya dijual walaupun sudah bertahun-tahun berada di pasaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Masa muda beli rumah sebab FOMO, lepas 8 tahun menyesal silap langkah... Bayar pinjaman tapi tak nampak hasil!

ARTIKEL BERKAITAN: Koyak kecil-kecil, campur dalam pasu... Ini rahsia tanah terpakai subur semula, tak perlu keluar modal beli baharu

Katanya, ramai pembeli datang melihat kawasan tersebut, namun urusan jual beli sering berdepan pelbagai masalah sehingga gagal dimuktamadkan.

"Impaknya sampai hari ini tanah itu sangat 'malang'. Ramai pembeli datang tengok, tapi tak terjual sampai makan masa puluhan tahun. Sampai sekarang masih tak terjual, ada saja isu, situasi jadi sukar.

"Itulah pengajaran kita nampak di dunia. Akhirat dan dalam kubur pula? Tak terbayang siksanya. Selagi mulut masih boleh bercakap dan tekak masih boleh menelan air, tak apa lagi (masih ada peluang). 

  • Beli tanah tanpa hitam putih, akhirnya rugi.
  • Dapat khabar tanah tak terjual puluhan tahun.
  • Wanita kongsi kisah pahit hak milik tanah dibeli nenek.
  • Nasihat supaya jangan ambil mudah urusan jual beli tanah.
  • Ramai kongsi pengalaman hampir sama.

"Takutlah pada pembalasan yang tertangguh," katanya mengakhiri kisah tersebut.

Perkongsian wanita itu mengundang pelbagai reaksi netizen termasuk berkongsi pengalaman hampir sama berhubung isu pertikaian hak milik tanah susulan urusan jual beli tanpa dokumen sah selepas hantaran tersebut tular di Threads.

Malah, ramai turut mengingatkan supaya tidak memandang remeh urusan pemilikan tanah dan memastikan setiap transaksi dibuat mengikut prosedur serta disertakan dokumen sah bagi mengelakkan pertikaian pada masa hadapan.

Artikel Lain