suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Koyak kecil-kecil, campur dalam pasu... Ini rahsia tanah terpakai subur semula, tak perlu keluar modal beli baharu

Tanah lama boleh digunakan semula dengan kaedah mudah. -Gambar hiasan AI

RAMAI yang gemar bercucuk tanam memilih untuk membeli tanah baharu setiap kali selesai menuai hasil tanaman kerana menyangka tanah lama sudah tidak lagi sesuai digunakan.

Hakikatnya, tanah terpakai itu sebenarnya masih boleh dikitar semula dan diguna berkali-kali sekiranya ia dirawat dengan cara yang betul.

Memang tidak dinafikan, segala nutrien asal tanah akan hilang dan kontang selepas ia 'dikerjakan' untuk menanam sayur-sayuran atau pokok sebelum ini.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang wanita dikenali sebagai NidaAina Arnida berkongsi cara mudah menyuburkan semula tanah terpakai menggunakan beberapa bahan yang mudah didapati di rumah.

1. Gunakan semula tanah daripada tanaman terdahulu

Kumpul tanah-tanah lama yang terbiar selepas hasilnya dituai.

Pastikan ia bebas daripada penyakit dan serangan serangga sebelum digunakan semula.

Tanah terpakai dan terbiar perlu dirawat sebelum digunakan semula.

Tanah terpakai dan terbiar perlu dirawat sebelum digunakan semula. 

2. Campurkan bekas telur yang dikoyakkan

Bekas telur kertas dikoyakkan kepada cebisan kecil sebelum dimasukkan ke dalam pasu atau dicampurkan bersama tanah tadi. 

Kaedah ini bukan sahaja membantu mengurangkan penggunaan tanah, malah mampu mengekalkan kelembapan serta memperbaiki struktur tanah tersebut.

Jika tiada bekas telur, anda boleh menggunakan daun kering, rumput kering atau sisa dapur organik sebagai bahan tambahan.

3. Gaulkan bersama baja tahi ayam yang telah diperam

Campurkan tanah dengan baja tahi ayam peram sehingga sebati. 

Selepas itu, biarkan campuran tersebut selama satu hingga dua minggu supaya baja dapat terurai dan nutriennya diserap ke dalam tanah.

4. Siram tanah sebelum mula menanam

Sebelum digunakan semula, siram campuran tanah beberapa kali dalam tempoh seminggu. 

Langkah ini membantu baja menjadi lebih serasi dengan tanah sekali gus memudahkan akar tanaman baharu menyerap nutrien.

5. Tanah kembali subur dan sedia digunakan

Selepas tempoh satu hingga dua minggu, tanah dikatakan sudah kembali subur dan sesuai digunakan semula untuk menanam pelbagai jenis sayur atau tanaman lain.

Artikel Lain