suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-gara silap faham fungsi kotak kuning, tindakan pemandu ini keluar melulu undang kecaman

Situasi yang berlaku di kawasan petak kuning sebuah persimpangan.

RAKAMAN video tular yang memaparkan sebuah kereta berwarna hitam keluar melulu dari kawasan persimpangan mengundang pelbagai reaksi netizen.

Apa yang membuatkan netizen lebih terkejut dan geleng kepala adalah apabila pemandu kenderaan tersebut dengan penuh yakin dan lantang menegaskan bahawa kenderaan yang berada di laluan utama sepatutnya berhenti bagi memberi laluan kepadanya untuk keluar dari simpang.

"Jalan sayalah, itukan line kuning," demikian kata-kata pemandu terbabit.

Menjelas mengenai situasi yang berlaku, salah seorang guru memandu di Akademi Memandu COTT Negeri Sembilan yang dikenali sebagai Cikgu Irfan berkata, fungsi sebenar petak kuning tersebut adalah bagi membolehkan kenderaan dari jalan utama berhenti sebelum atau selepas petak berkenaan sekiranya berlaku kesesakan lalu lintas.

"Petak kuning tu berfunsi macam ni, kenderaan dari jalan utama berhenti dan bukan untuk orang yang keluar simpang gunakannya tanpa mengambil kira keadaan semasa.

"Pemandu terbabit tidak wajar menyuruh kenderaan dari laluan utama berhenti untuk dia keluar," jelasnya.

Pada masa sama dia turut menyatakan kenderaan dari jalan utama perlu diberi keutamaan terlebih dahulu dalam apa jua situasi.

Ini peraturan yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.

1. Simpang berpetak kuning direka untuk memastikan laluan lancar dan kenderaan bergerak tanpa dihalang.

2. Pengguna jalan raya tidak boleh memasuki petak kuning sebelum memastikan laluan keluar adalah lancar.

3. Jangan berhenti di dalam petak kuning di belakang kenderaan yang tidak bergerak.

4. Jangan berhenti dengan sebahagian kenderaan anda berada di dalam petak kuning.

Artikel Lain