Perkongsian awam yang dibuat boleh digunakan semula AI Meta menerusi ciri Muse Image yang baru diperkenalkan.
KEMUNCULAN teknologi kecerdasan buatan (AI) semakin mendapat perhatian kerana ia memudahkan pengguna menjana pelbagai imej dengan beberapa arahan ringkas.Namun di sebalik kemudahan itu, ramai pengguna media sosial mula meluahkan rasa bimbang memandangkan gambar dimuat naik ke platform tertentu berpotensi digunakan sebagai rujukan untuk menjana imej AI. Ia selepas Meta memperkenalkan ciri Muse Image yang membolehkan foto awam daripada akaun Instagram digunakan sebagai rujukan bagi menghasilkan imej AI.Tetapan tersebut diaktifkan secara lalai (default) namun pengguna masih boleh memilih untuk mematikan ciri tersebut jika tidak mahu kandungan merek digunakan sekali gus mengelak pencerobohan privasi.Berikut cara untuk menyemak dan mematikan tetapan berkenaan seperti perkongsian Techie di Instagram.1. Buka halaman profil InstagramMasuk ke akaun Instagram anda terlebih dahulu sebelum menekan ikon tiga garisan di bahagian penjuru kanan atas untuk membuka menu tetapan.2. Pilih menu 'sharing and reuse'Dalam paparan Settings and activity, skrol ke bawah sehingga menemui menu sharing and reuse, kemudian tekan untuk membuka pilihan berkaitan perkongsian kandungan.3. Matikan pilihan penggunaan kandungan untuk AICari pilihan yang membenarkan kandungan digunakan bersama ciri AI Meta seperti Use Public Photos for AI atau tetapan berkaitan penggunaan foto serta Reels untuk ciri AI.Jika anda tidak mahu gambar awam dijadikan rujukan bagi penjanaan imej AI, matikan suis tersebut.4. Semak tetapan lain berkaitan perkongsian kandunganSelain foto, anda juga boleh menyemak sama ada Reels atau kandungan lain dibenarkan untuk dikongsi semula atau digunakan dalam ciri AI Meta dan melaraskannya mengikut tahap privasi yang diinginkan.Walaupun tetapan ini boleh diubah pada bila-bila masa, menyemaknya lebih awal dapat membantu pengguna mengawal bagaimana kandungan awam mereka digunakan pada platform Meta.