suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak payah hafal ribuan perkataan, guru kongsi teknik mudah fasih bahasa Inggeris dalam masa 60 hari!

Teknik 'shadowing' dapat membantu seseorang bertutur dengan baik. -Gambar hiasan AI

MENGUASAI bahasa Inggeris dengan lancar menjadi impian ramai, namun masih ada yang kurang yakin untuk bertutur kerana bimbang melakukan kesilapan atau tidak mempunyai perbendaharaan kata yang mencukupi.

Hakikatnya, untuk bertutur dengan baik, seseorang tidak semestinya perlu menghafal ribuan perkataan atau menguasai tatabahasa yang sempurna.

Susulan itu seorang guru bahasa Inggeris, Rahma Khazzani berkongsi teknik mudah yang dapat membantu meningkatkan keyakinan dan kelancaran bertutur dalam tempoh kira-kira 60 hari jika diamalkan secara konsisten.

1. Biasakan telinga dengan bahasa Inggeris setiap hari

Menurut Rahma, 15 hari pertama perlu dimanfaatkan untuk membiasakan otak mendengar bahasa Inggeris melalui pendedahan berulang.

Antara cara yang boleh dilakukan ialah mendengar podcast, menonton video YouTube atau rancangan televisyen dalam bahasa Inggeris setiap hari walaupun tidak memahami setiap perkataan yang didengari.

Baginya, pendedahan secara konsisten membantu otak menyesuaikan diri dengan sebutan, intonasi dan struktur ayat.

2. Berhenti menterjemah dalam kepala

Ramai yang mengambil masa untuk bercakap kerana menterjemah setiap ayat daripada bahasa Melayu ke bahasa Inggeris terlebih dahulu.

Sebaliknya, beliau menyarankan supaya membiasakan diri mengaitkan perkataan bahasa Inggeris secara terus dengan objek atau situasi yang dilihat.

Sebagai contoh, apabila melihat sebiji epal, terus fikirkan perkataan apple tanpa melalui proses menterjemah dalam bahasa ibunda.

Mendengar podcast atu video dalam bahasa Inggeris dapat membantu menambah perbendaharaan kata. -Gambar hiasan AI

Mendengar podcast atu video dalam bahasa Inggeris dapat membantu menambah perbendaharaan kata. -Gambar hiasan AI

3. Hafal pola ayat, bukan perkataan semata-mata

Selain menambah kosa kata, orang ramai digalakkan mempelajari struktur ayat yang sering digunakan dalam perbualan harian.

Contohnya, ayat seperti I'd like to... atau Could you help me...? boleh digunakan dalam pelbagai situasi dengan hanya menukar bahagian akhir ayat.

Kaedah ini dilihat lebih praktikal berbanding menghafal perkataan secara berasingan.

4. Latih diri bercakap setiap hari

Bagi tempoh hari ke-15 hingga ke-35, dia menyarankan agar individu membiasakan diri bercakap dalam bahasa Inggeris walaupun hanya bersendirian.

Selain itu, pilih satu topik setiap hari seperti keluarga, pekerjaan atau hobi dan bercakap mengenainya selama dua hingga lima minit.

Dia turut mengesyorkan teknik shadowing, iaitu mendengar pertuturan penutur asli kemudian mengulanginya semula dengan meniru sebutan, rentak dan intonasi.

5. Fokus untuk berkomunikasi, bukan menjadi sempurna

Memasuki fasa terakhir, perkara paling penting ialah membina keyakinan untuk bertutur tanpa takut melakukan kesilapan.

Menurut Rahma, seseorang tidak perlu menggunakan perkataan yang terlalu sukar untuk kelihatan fasih kerana komunikasi yang jelas lebih penting daripada ayat yang kompleks.

Tambahnya, matlamat utama ketika bercakap dalam bahasa Inggeris ialah memastikan mesej dapat difahami oleh pendengar, bukannya menghasilkan ayat yang sempurna dari segi tatabahasa setiap masa.

Artikel Lain