BAGI para penggemar raja buah, kepuasan sebenar pastinya terletak pada ulas durian yang tebal dan berwarna kuning keemasan.Warna terang itu sering kali dikaitkan dengan rasa yang lebih lemak, manis, dan pastinya menyelerakan. Namun, harapan menggunung itu adakalanya mengundang kekecewaan apabila durian yang dibeli rupa-rupanya mempunyai isi berwarna putih.Jika sudah 'serik' berhadapan dengan situasi 'terkena' sebegini, anda bolehlah mencuba tip ringkas daripada seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Nur [Tonton Video].Ia bagi membolehkan anda memilih buah yang berpotensi memiliki isi berwarna kuning.Bukan sahaja mudah dan praktikal, tip yang dikongsikannya itu rupanya hanya berdasarkan pemeriksaan pada bahagian tangkai durian sahaja."Sebelum membuat pilihan, luangkan sedikit masa untuk melihat warna tangkai durian. Ia boleh dijadikan petunjuk awal terutama jika anda mempunyai pilihan terhadap warna isi tertentu," jelasnya.Walau bagaimanapun, Nur mengingatkan bahawa tip yang sering diamalkan oleh sesetengah pembeli dan penjual ini bukanlah satu kaedah yang tepat sepenuhnya. Malah menurutnya lagi, warna isi durian sebenarnya masih dipengaruhi oleh beberapa faktor luaran lain seperti varieti, tahap kematangan, dan keadaan buah itu sendiri.Tangkai yang berwarna putih akan mempunyai isi putih.Berikut beberapa perkara yang boleh diperhatikan:1. Tangkai kuning dikatakan petanda isi kuningMenurut Nur, durian yang mempunyai tangkai berwarna kekuningan lazimnya mempunyai isi yang lebih kuning apabila dibuka.Tip ini sering dijadikan panduan oleh mereka yang menggemari isi durian berwarna terang.2. Tangkai putih pula biasanya isi berwarna putihJika tangkai durian kelihatan lebih putih atau pucat, isi di dalamnya pula dikatakan cenderung berwarna putih atau krim cerah.3. Cara paling tepat tetap buka buahSekiranya ingin benar-benar memastikan warna dan kualiti isi, durian perlu dibuka terlebih dahulu. Namun, tip melihat warna tangkai boleh dijadikan panduan ringkas ketika memilih buah yang masih belum dibelah.