suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rupanya ada cara ‘rolling’ minyak masak paket terpakai, jual semula boleh tampung kos beli baharu... Siap ada baki 30 sen!

Minyak masak terpakai boleh dijual pada harga berpatutan. -Gambar hiasan AI

HARGA minyak masak yang semakin meningkat mendorong ramai pengguna mencari pelbagai cara untuk berjimat tanpa mengabaikan aspek kesihatan.

Selain mengurangkan pembaziran, ada juga yang memilih menjual semula minyak masak terpakai bagi mendapatkan sedikit pulangan sebelum membeli stok baharu.

Di Facebook, Mohd Arizan berkongsi cara yang menurutnya boleh membantu pengguna menjimatkan perbelanjaan dapur dengan menjual minyak masak terpakai selepas digunakan beberapa kali.

Turut melakukan perkara sama, ujarnya dia membeli satu pek minyak masak paket seberat satu kilogram pada harga RM2.50 sebelum menggunakannya untuk menggoreng makanan.

Bagaimanapun, katanya, minyak tersebut hanya digunakan sebanyak tiga kali kerana penggunaan berulang kali dalam tempoh yang lama tidak baik untuk kesihatan.

"Kalau lebih (guna banyak kali) bahaya untuk kesihatan, minyak tadi akan berkurang kepada 0.8 kilogram.

"Selepas itu, simpan la sebagai minyak terpakai," jelasnya.

Menurut Mohd Arizan, minyak terpakai itu kemudiannya boleh dijual kepada pembeli yang menerima minyak masak terpakai pada harga RM3.50 sekilogram.

"Jumlah 0.8 kilogram didarab RM3.50 dapat RM2.80," jelasnya.

Tambahnya, wang RM2.80 yang diperoleh itu boleh digunakan semula untuk membeli minyak masak paket baharu berharga RM2.50, sekali gus pengguna masih mempunyai baki sebanyak 30 sen.

Dia turut mencadangkan supaya langkah tersebut diulang bagi mengurangkan pembaziran selain membantu menjimatkan perbelanjaan dapur.

Artikel Lain