Makmal komputer yang disediakan pihak universiti memudahkan pelajar daripada golongan berpendapatan rendah melakukan tugasan. -Gambar hiasan AI
MELANJUTKAN pengajian ke universiti sememangnya menjadi impian ramai pelajar selepas memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Namun di sebalik kegembiraan menerima tawaran, ada yang mengeluh dan meluahkan kebimbangan kerana tidak mempunyai komputer riba mahupun peranti yang boleh digunakan untuk menyiapkan tugasan univesiti. Pernah melalui situasi sama, seorang wanita yang mendakwa berasal daripada keluarga berpendapatan rendah berkongsi pengalaman di Threads sambil menitipkan beberapa tip yang pernah diamalkannya ketika bergelar mahasiswa.Malah dia menegaskan, kekurangan wang bukan alasan untuk mengabaikan pelajaran, sebaliknya pelajar perlu bijak memanfaatkan kemudahan yang disediakan pihak universiti.Berikut antara tip yang dikongsikannya:1. Manfaatkan bilik komputer universitiKebanyakan universiti menyediakan makmal atau bilik komputer bagi memudahkan pelajar yang tidak mempunyai komputer riba menyiapkan tugasan.Mengambil peluang tersebut, wanita ini mengakui kemudahan yang disediakan itu menjadi 'penyelamat' kepadanya sepanjang tempoh pengajian.Katanya, ketika belajar dahulu, bilik komputer dibuka sehingga lewat malam dan sekiranya mempunyai hubungan baik dengan pengawal keselamatan, pelajar kadangkala dibenarkan menggunakannya sehingga awal pagi.Penggunaan pemacu USB atau Google Drive dapat mengelakkan dokumen dan fail daripada hilang. -Gambar hiasan AI2. Gunakan komputer hanya untuk tugasan pentingBilangan pengguna yang ramai menyebabkan pentadbir akan mengehadkan masa penggunaan sesetengah kemudahan.Susulan itu, anda yang menggunakan komputer universiti dinasihatkan supaya memberi keutamaan kepada tugasan akademik.Elakkan menggunakan kemudahan tersebut untuk tujuan hiburan kerana masa yang ada sepatutnya dimanfaatkan bagi menyiapkan assignment.3. Simpan semua fail dalam Google DriveAnda yang menggunakan komputer awam sepatutnya mempunyai pemacu kilat USB (pendrive) atau Google Drive bagi membolehkan semua fail tugasan disimpan dengan sebaiknya.Ia juga bagi mengelakkan risiko kehilangan fail sekiranya komputer digunakan oleh pengguna lain.Dengan cara itu, semua dokumen boleh diakses semula pada bila-bila masa tanpa perlu bergantung kepada satu komputer sahaja.4. Elakkan simpan fail dalam komputer universitiSelain menyimpan di Google Drive, dia mengingatkan pelajar supaya tidak meninggalkan fail dalam storan komputer universiti.Ini kerana komputer tersebut digunakan secara bergilir-gilir dan fail yang disimpan berkemungkinan dipadam atau tidak lagi dapat diakses.5. Pilih komputer berhampiran pintu keluarSebagai langkah keselamatan, wanita ini turut menyarankan pelajar supaya memilih komputer yang terletak berhampiran pintu keluar.Menurutnya, lokasi itu memudahkan pelajar keluar dengan cepat sekiranya perlu beredar lewat malam selain memberi rasa lebih selesa ketika menggunakan makmal komputer dalam tempoh yang panjang.