suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak perlu bazir duit beli produk mahal, wanita kongsi petua rambut lebat lepas bersalin... Paling best hanya guna satu bahan!

Masalah rambut gugur sering berlaku terhadap golongan wanita selepas postportum. -Gambar hiasan AI

RAMBUT yang semakin nipis akibat keguguran sering membuatkan ramai hilang keyakinan terhadap penampilan mereka.

Masalah tersebut turut melanda golongan wanita terutama selepas melahirkan anak yang disebabkan perubahan hormon.

Pelbagai produk penjagaan rambut yang dijual di pasaran pula tidak banyak membantu mengurangkan masalah tersebut.

Bagaimanapun perkongsian seorang warga maya iaitu Zulfahanani mengenai petua tradisional menangani masalah keguguran rambut seperti memberi harapan.

Apatah lagi ia cukup mudah diamalkan di rumah selain tidak memerlukan kos yang banyak.

Paling penting, rambut bukan sahaja kembali tebal malah lebih lembut dan berkilat.

Berikut merupakan langkah-langkah yang dikongsikannya di Threads. 

1. Sapu santan pada rambut yang kering

Bagi memberikan keberkesanan maksimum, anda tidak perlu membasahkan rambut sebelum memulakan rawatan.

Sapukan santan kotak terus pada rambut seperti menggunakan 'mask hair'.

Santan kotak dilumur pada seluruh rambut dengan sekata. -Gambar hiasan AI

Santan kotak dilumur pada seluruh rambut dengan sekata. -Gambar hiasan AI

2. Ratakan santan ke seluruh kulit kepala

Pastikan santan disapu dan diratakan sehingga meliputi keseluruhan kulit kepala agar setiap bahagian menerima manfaat yang sama.

3. Biarkan selama 10 hingga 15 minit

Apabila sudah rata, biarkan ia meresap selama kira-kira 10 hingga 15 minit.

Jika mempunyai penutup kepala (hair cap), pemakaiannya digalakkan bagi membantu proses tersebut, namun ia bukanlah satu keperluan.

4. Bilas dan syampu seperti biasa

Selepas tempoh tersebut, bilas rambut sebelum mencuci menggunakan syampu seperti rutin biasa.

5. Amalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali

Menurut individu berkenaan, rawatan ini disarankan dilakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Walau bagaimanapun, tiada had maksimum penggunaan dan hasil dikatakan lebih cepat kelihatan jika diamalkan dengan lebih kerap.

6. Tidak perlu risau rambut berbau santan

Tambahnya lagi, rambut tidak akan meninggalkan bau kelapa selepas dicuci.

Sebaliknya, rambut dikatakan terasa lebih lembut, licin dan mudah diurus.

Artikel Lain