suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penat menyental, kolar baju tetap berdaki... Cuba guna ubat gigi dan lemon, terus bersih macam baru beli!

Kesan kotoran hilang dengan kaedah mudah perkongsian Benny Sitorus.

MEMANG merungsingkan kalau melihat bahagian leher baju masih berdaki dan berwarna kuning walaupun selepas disental dan dibasuh.

Tapi apa yang ramai tidak tahu, daki pada bahagian kolar baju memang antara kesan kotoran paling sukar ditanggalkan terutama jika dibiarkan terlalu lama.

Kesan tersebut bukan semata-mata berpunca daripada peluh sebaliknya campuran minyak semula jadi kulit, sel mati, habuk serta sisa produk penjagaan diri sepeti losyen atau minyak rambut yang terkumpul setiap kali dipakai.

Namun jangan bimbang, meskipun 'degil' tetapi kesan tersebut boleh ditanggalkan dengan satu kaedah mudah seperti perkongsian Benny Sitorus di Facebook.

Paling penting, anda tidak perlu menyental berjam-jam di bilik air tapi hasilnya seperti baju baharu.

Bahan-bahan diperlukan juga hanya dua iaitu ubat gigi dan sebiji buah lemon dan hanya lima langkah diperlukan untuk menanggalkan kesan tersebut.

1. Letakkan ubat gigi pada bahagian kolar tanpa basahkan baju terlebih dahulu.

2. Kemudian ratakan ubat gigi pada keseluruhan permukaan.

3. Biarkan selama kira-kira dua minit dan letakkan perahan lemon di atasnya.

4. Sental seketika dan celupkan dalam air untuk cuci.

5. Bilas sehingga bersih dan keringkan.

Artikel Lain