suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terlajak borong durian sebab harga jatuh... Ini cara betul simpan raja buah, hanya perlu masuk ‘microwave’ sebelum makan

Ramai yang mengambil peluang membeli durian berkualiti tinggi berikutan harga menjunam. -Gambar hiasan AI

MUSIM durian yang sedang rancak ketika ini membuatkan ramai tidak melepaskan peluang membeli raja buah itu dalam kuantiti yang banyak, lebih-lebih lagi apabila harganya jauh lebih murah berbanding biasa.

Perkembangan tersebut membuatkan ramai terlajak membeli sehingga akhirnya ada yang terpaksa dibuang kerana sudah busuk berikutan tidak mengetahui cara penyimpanan betul

Anda yang berhadapan situasi sama bolehlah mencuba tip yang dikongsikan Keknis di laman TikTok miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ingatkan mengarut! Wanita kongsi cara pelik tapi berkesan, bau durian dalam kereta terus hilang

Bukan sahaja tahan lama, malah lebih praktikal dan kualiti juga terjamin.

Berikut merupakan kaedah yang dilakukannya.

1. Keluarkan isi durian mengikut pangsa dan terus letakkan di atas plastik pembalut makanan.

2. Kemudian bungkus setiap 'pangsa' secara berasingan.

3. Masukkan kesemua bungkusan di dalam bekas yang sesuai untuk bahagian sejuk beku.

4. Apabila hendak makan, keluarkan beberapa bungkusan yang diingini dan masukkan ke dalam bekas untuk dipanaskan dalam microwave.

Artikel Lain