suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan terus buang! Berus gigi dah kembang boleh ‘diselamatkan’ semula, hanya guna 2 bahan di dapur

Berus gigi kembali berfungsi seperti baru dibeli.

KEBANYAKAN orang akan terus membuang berus gigi apabila bulunya mula mengembang dan tidak lagi tersusun kemas.

Namun sebenarnya, berus gigi yang telah rosak itu masih boleh dibaik pulih dengan menggunakan dua bahan yang mudah didapati di dapur.

Menerusi satu video yang tular di Facebook, seorang wanita berkongsi cara mudah untuk mengembalikan bentuk bulu berus gigi yang sudah mengembang.

ARTIKEL BERKAITAN: Lega sangat, tak perlu beli baharu... Lelaki ini ajar cara baik pulih penyapu plastik PVC, hasilnya boleh tahan!

Berikut cara yang dilakukannya:

1. Mula-mula, panaskan air di dalam periuk hingga mendidih.

2. Kemudian masukkan kira-kira satu sudu besar serbuk soda ke dalamnya dan kacau sehingga sebati.

3. Selepas itu, rendam bahagian kepala berus gigi ke dalam larutan tersebut sambil mengacaunya selama beberapa minit atau apabila kelihatan tersusun.

4. Setelah kembali kemas seperti baru, basuh berus gigi berkenaan dengan air bersih dan bolehlah digunakan semula.

Artikel Lain