suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak suka guna bahan kimia... Lega sangat dah jumpa petua halau nyamuk semula jadi, hanya bakar ‘benda’ ni bau pun segar!

Penggunaan produk semula jadi lebih berkesan dan selamat berbanding bahan kimia. -Foto Musafir Dunia

KEKERAPAN hujan yang turun sejak kebelakangan ini bukan sahaja menyebabkan cuaca menjadi lebih lembap, malah turut meningkatkan kehadiran nyamuk di kawasan kediaman.

Keadaan itu bukan sekadar mengganggu keselesaan, malah turut mencetuskan kebimbangan ramai memandangkan serangga berkenaan boleh menjadi pembawa pelbagai penyakit berbahaya seperti denggi.

Penggunaan semburan kimia secara kerap juga boleh memudaratkan kesihatan secara tidak langsung.

Bagi anda yang sedang berhadapan situasi ini, bolehlah mencuba petua menghalau nyamuk secara semula jadi seperti perkongsian akaun TikTok Musafir Dunia.

Bukan sahaja mudah, kesannya juga berpanjangan.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Serai

2. Bunga cengkih

3. Bekas kaca atau cawan

4. Cuka

Cara penyediaan:

1. Bakar dua batang serai hingga sedikit hangus.

2. Kemudian ketuk bahagian ubinya hingga keluar aroma dan potong kecil-kecil. Masukkan ke dalam cawan kaca.

3. Tambahkan beberapa biji bunga cengkih.

4. Masukkan kira-kira dua sudu besar cuka dan kacau hingga sebati.

5. Letakkan bekas tadi di kawasan yang banyak nyamuk atau mana-mana penjuru dan kawasan terlindung.

Tiada lagi gangguan nyamuk ketika hujan.

Artikel Lain