suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan pelik tuala tak serap air walaupun lembut... Ini kesannya kalau mak-mak suka tuang pelembut fabrik berlebihan!

Tuala akan menjadi gebu dan menyerap air jika menggunakan teknik cucian ini. -Gambar hiasan AI

RAMAI tidak menyedari tabiat mencampurkan tuala bersama pakaian lain ketika membasuh atau penggunaan pelembut fabrik secara berlebihan sebenarnya boleh menjejaskan kualiti tuala.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, seorang individu berkongsi beberapa tip mudah yang diamalkan bagi memastikan tuala sentiasa bersih, kekal gebu dan lebih menyerap air.

1. Asingkan tuala daripada pakaian lain

Tuala tidak sepatutnya dicuci bersama pakaian harian kerana serat fabrik yang berbeza boleh menyebabkan kotoran dan bulu halus melekat pada tuala.

Selain itu, tuala juga memerlukan ruang yang mencukupi dalam mesin basuh supaya kotoran dapat dibersihkan dengan lebih berkesan.

2. Elakkan penggunaan pelembut fabrik

Ramai beranggapan pelembut fabrik mampu menjadikan tuala lebih lembut, namun sebaliknya ia boleh meninggalkan lapisan pada gentian tuala.

Keadaan itu menyebabkan tuala menjadi kurang menyerap air walaupun terasa lembut ketika disentuh.

3. Campurkan sedikit baking soda

Sebagai alternatif, dia menyarankan agar menambah sedikit baking soda ketika mencuci.

Katanya, bahan tersebut membantu menanggalkan sisa kotoran dan bau yang terperangkap pada gentian kain, sekali gus menjadikan tuala lebih gebu selepas dicuci.

Paling penting, teknik ini membantu menghilangkan bau masam atau hapak yang sering timbul pada tuala yang digunakan setiap hari.

Artikel Lain