suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak perlu bazir upah orang jika ‘aircond leaking', cuba buat 4 langkah ini dulu... Nombor 3 tu ramai selalu salah faham!

Pengguna perlu mengetahui teknik asas membersihkan penyaman udara di rumah. -Gambar hiasan AI

PENYAMAN udara yang tiba-tiba menitikkan air sering kali membuatkan ramai panik dan menyangka perkakas elektrik itu mengalami kerosakan serius.

Hakikatnya, masalah tersebut tidak semestinya berpunca daripada compressor atau komponen mahal, malah ada kalanya boleh diselesaikan sendiri di rumah.

Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang pelayar berkongsi beberapa langkah mudah yang boleh dilakukan sebelum membuat keputusan menghubungi juruteknik sekali gus 'menyelamatkan' poket anda.

1. Cuci penapis (filter) terlebih dahulu

Penapis yang terlalu kotor akan mengganggu aliran udara sehingga menyebabkan gegelung (coil) menjadi terlalu sejuk dan membentuk ais.

Apabila ais tersebut mencair, air akan mula menitik keluar daripada unit dalaman. 

Oleh itu, cuba cuci sendiri penapis berkenaan dan kemudian hidupkan semula pendingin hawa untuk melihat sama ada masalah itu selesai atau tidak.

Filter yang berhabuk boleh menyebabkan air aircond menitik.

Filter yang berhabuk boleh menyebabkan air aircond menitik. 

2. Periksa saluran pembuangan air (drain pipe)

Jika air masih menitik, cuba semak saluran pembuangan air yang mungkin tersumbat akibat habuk, lendir atau kulat.

Keadaan itu boleh menyebabkan air tidak dapat mengalir keluar dengan baik sebelum melimpah daripada unit dalaman penyaman udara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Juruteknik dedah 99 peratus pengguna Malaysia kena scam servis 'aircond' bila minta 'top up' gas

3. Jangan terus salahkan compressor

Kebiasaannya masalah leaking tersebut sering dikaitkan dengan compressor.

Namun jika penyaman udara anda masih lagi mengeluarkan udara sejuk, ia bukanlah berpunca daripada komponen utama itu.

Sebaliknya, masalah lebih cenderung berpunca daripada penapis, saluran pembuangan air atau kotoran yang melekat pada coil.

4. Panggil juruteknik jika masalah masih berlarutan

Walau bagaimanapun, sekiranya masalah dialami semakin berterusan meskipun sudah melakukan tiga perkara tadi, pengguna disarankan mendapatkan khidmat juruteknik.

Artikel Lain