suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Setiap kali singgah R&R mesti lori dan bas tak mati enjin, bukan saja-saja tapi ada 5 sebab... Paling penting demi keselamatan!

Pemandu kenderaan perdagangan sering membiarkan enjin jentera mereka hidup. -Gambar hiasan AI

MELIHAT enjin lori atau bas terus hidup ketika berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) membuatkan ramai tertanya-tanya mengapa pemandunya tidak mematikan sahaja enjin bagi menjimatkan minyak.

Hakikatnya, tindakan tersebut bukan dilakukan tanpa sebab. 

Ia sebaliknya merupakan amalan biasa dalam industri pengangkutan bagi menjaga keadaan kenderaan, keselamatan serta memastikan operasi berjalan lancar.

Menerusi satu perkongsian di Threads, halaman Dah Tahu Ke menjelaskan beberapa faktor mengapa enjin lori dan bas dibiarkan hidup ketika berhenti.

1. Melindungi jangka hayat turbo enjin diesel

Kebanyakan lori dan bas moden menggunakan enjin turbo diesel yang beroperasi pada suhu sangat tinggi.

Jika enjin dimatikan sejurus selepas perjalanan jauh, minyak pelincir dalam turbo boleh menjadi terlalu panas sehingga meninggalkan mendapan (oil coking) yang berpotensi merosakkan komponen turbo.

Sebab itu, enjin biasanya dibiarkan hidup beberapa minit bagi membolehkan turbo menyejuk secara berperingkat.

Kos membaiki komponen dalam enjin dikatakan lebih mahal berbanding pengisian diesel. -Gambar hiasan AI

Kos membaiki komponen dalam enjin dikatakan lebih mahal berbanding pengisian diesel. -Gambar hiasan AI

2. Mengekalkan tekanan sistem brek angin

Lori dan bas menggunakan sistem brek angin yang bergantung kepada tekanan udara daripada kompresor enjin.

Jika enjin dimatikan dan berlaku kebocoran kecil pada sistem, tekanan angin boleh berkurangan.

Akibatnya, pemandu perlu menunggu semula sehingga tekanan angin mencukupi sebelum meneruskan perjalanan, malah dalam keadaan tertentu brek juga boleh gagal berfungsi dengan baik.

3. Memastikan pendingin hawa terus berfungsi

Bagi bas, penumpang selalunya masih berada di dalam ketika berhenti di R&R.

Jika enjin dimatikan, sistem penyaman udara turut terhenti dan ruang kabin akan menjadi panas dalam tempoh singkat.

Bagi lori pula, pemandu yang berehat di ruang tidur (sleeper cab) memerlukan penyaman udara untuk mendapatkan rehat yang lebih selesa sebelum menyambung perjalanan jauh.

Bas kebiasaannya dibiarkan dalam keadaan hidup meskipun pemandu berada di luar jentera. -Gambar hiasan AI

Bas dan lori kebiasaannya dibiarkan dalam keadaan hidup meskipun pemandu berada di luar jentera. -Gambar hiasan AI

4. Mengurangkan risiko enjin sukar dihidupkan semula

Enjin diesel bersaiz besar memerlukan kuasa bateri yang tinggi untuk dihidupkan.

Proses menghidupkan dan mematikan enjin secara kerap boleh mempercepatkan kehausan bateri serta motor penghidup (starter motor).

Jika berlaku kerosakan ketika berada di R&R, kelewatan penghantaran dan kos pembaikan boleh menjadi jauh lebih tinggi berbanding penggunaan minyak semasa enjin melahu.

5. Bagi lori membawa muatan yang memerlukan penyejukan

Sesetengah lori membawa barangan seperti makanan sejuk beku, ais krim dan ubat-ubatan yang memerlukan suhu sentiasa terkawal.

Bagi memastikan sistem penyejukan terus berfungsi, enjin utama atau enjin khas untuk kontena penyejuk perlu terus dihidupkan.

Sekiranya sistem penyejukan terhenti, keseluruhan muatan yang bernilai tinggi berisiko rosak dan mengakibatkan kerugian besar.

Menurut perkongsian itu, kos penggunaan minyak ketika enjin hidup sebenarnya jauh lebih rendah berbanding risiko kerosakan turbo, bateri, sistem brek atau kehilangan muatan akibat kegagalan sistem penyejukan.

Artikel Lain