Rasa simpati mendorong sesiapa sahaja untuk meminjamkan wang kepada rakan mahupun sanak-saudara. -Gambar hiasan AI
JANJI manis mahu membayar balik hutang sering kali bertukar menjadi igauan ngeri bagi mereka yang pernah meminjamkan wang kepada rakan atau saudara-mara."Nanti aku bayar." Ungkapan janji itu mungkin sudah berkali-kali didengari, namun bayaran yang dijanjikan tidak juga kunjung tiba.Walaupun jumlahnya tidak terlalu besar, ramai yang akhirnya terpaksa berputih mata kerana mula berasa malu untuk menuntut semula hak mereka.Anda yang turut melaluinya bolehlah menggunakan saluran undang-undang untuk menuntut semula wang tersebut seperti perkongsian di laman sesawang Rule&Co Advocates and Solicitors.Menurutnya, tuntutan boleh dibuat menerusi Mahkamah Tuntutan Kecil di bawah Akta Tuntutan Kecil 1987 dengan jumlah hutang tidak melebihi RM5,000.Ini cara tuntutan hutang yang boleh dilakukan bagi mendapatkan semula wang yang dipinjamkan.Plaintif perlu mengisi Borang 198 sekiranya amaun tuntutan di bawah RM5,000. -Gambar hiasan AI1. Fail Borang 198 dan kumpul dokumen sokonganIsi Borang 198 (writ tuntutan kecil) yang boleh dicetak menerusi laman web mahkamah.Kemudian sediakan empat salinan lengkap surat tuntutan hutang (jika ada), invois, resit, kontrak mahupun salinan mesej atau emel yang membuktikan hutang wujud.Sertakan juga salinan kad pengenalan dan butir diri penghutang.2. Bayar yuran dan terima tarikh pendengaranYuran bagi pemfailan adalah antara RM20 hingga RM100, ia bergantung pada negeri.Kebiasaannya, tarikh yang ditetapkan adalah dalam tempoh 30 hingga 60 hari selepas permohonan diterima.3. Mahkamah hantar notis tuntutan kepada penghutangPihak plaintif atau penuntut perlu mengemukakan salinan tuntutan kepada defendan.Walau bagaimanapun pihak defendan atau penghutang boleh membeli Borang 199 (Notis Pembelaan) dalam masa 14 hari untuk membantah tuntutan tersebut.4. Hadir ke sesi pendengaranBagi sesi ini, kedua-dua pihak perlu hadir ke mahkamah dan tidak dibenarkan melibatkan peguam.Hakim membenarkan kenyataan dan hujah masing-masing berhubung isu yang timbul dan keputusan akan dikemukakan dalam tempoh satu hingga tiga hari.Sekiranya penghutang tidak hadir, maka plaintif boleh memohon penghakiman ingkar.Ia bagi memastikan penghakiman boleh dilaksanakan walaupun pihak penghutang tidak hadir.Harta alih boleh dirampas dan dilelong bagi mendapatkan wang untuk menyelesaikan tuntutan hutang. -Gambar hiasan AIMalah bagi memastikan pemohon benar-benar mendapat bayaran hutang, berikut ialah beberapa tindakan yang boleh diambil.1. Writ Penyitaan dan PenjualanPermohonan untuk merampas dan lelongan harta alih seperti kenderaan atau peralatan rumah, dan hasilnya akan disalurkan kepada anda. 2. Prosiding GarnisheePermohonan untuk pembekuan akan bank penghutang dan memindahkan dana kepada anda sebagai pemiutang.3. Saman Penghutang PenghakimanHakim boleh memerintahkan penghutang hadir ke mahkamah untuk senaraikan aset, membuktikan alasan jika tiada kemampuan untuk membayar balik hutang, atau jika masih ingkar, penghutang boleh dipenjara.