TEKANAN angin tayar yang tidak mencukupi atau berlebihan bukan sahaja menyebabkan ia cepat haus, malah boleh menjejaskan pengendalian kenderaan dan meningkatkan risiko kemalangan di jalan raya.Pun begitu, masih ramai pemandu yang mengisi angin tayar secara 'agak-agak' atau sekadar mengikut tekanan maksimum seperti tertera pada dinding tayar tanpa mengetahui kaedah sepatutnya. Menerusi satu perkongsian di TikTok, pemilik akaun Taukey Gearbox berkongsi beberapa langkah mudah bagi memastikan tekanan angin tayar berada pada tahap yang sesuai untuk pemanduan lebih selamat.Ini cara untuk anda mengetahui sama ada angin yang dipam masuk bersesuaian atau sebaliknya.1. Lihat keadaan bunga tayar terlebih dahuluKeadaan bunga tayar pada bahagian bawahnya boleh dijadikan panduan untuk mengisi angin tayar.Jika tiga bunga tayar yang kelihatan di atas lantai, itu menandakan anda telah mengisi angin secara berlebihan manakala kekurangan angin menunjukkan bunga tayar melebihi lima.Bagi memastikan angin berada dalam keadaan mencukupi, hanya empat bunga tayar yang berada di atas lantai. Empat bunga tayar yang berada di atas lantai menunjukkan kapasiti angin bersesuaian. 2. Semak tekanan angin ketika tayar masih sejukPemeriksaan sebaik-baiknya dilakukan sebelum memulakan perjalanan atau selepas kenderaan berhenti sekurang-kurangnya beberapa jam. Ini kerana tekanan angin akan meningkat apabila tayar menjadi panas selepas dipandu.3. Rujuk pelekat tekanan angin pada kenderaanJangan terus mengikut angka yang tertera pada dinding tayar kerana ia merujuk kepada tekanan maksimum yang mampu ditampung tayar, bukannya tekanan yang disyorkan untuk kegunaan harian.Sebaliknya, rujuk pelekat yang biasanya terdapat di bahagian pintu pemandu atau buku manual kenderaan.4. Isi angin mengikut bacaan yang disyorkanGunakan pam angin yang mempunyai meter tekanan dan pastikan bacaan mengikut spesifikasi pengeluar bagi tayar hadapan dan belakang kerana kedua-duanya mungkin memerlukan tekanan berbeza.5. Pasang semula penutup injap tayarSelepas selesai mengisi angin, pastikan penutup injap dipasang semula dengan kemas bagi mengelakkan habuk, pasir atau kelembapan memasuki injap yang boleh menyebabkan kebocoran angin.6. Jadikan pemeriksaan tayar sebagai rutinTekanan angin tayar disarankan diperiksa sekurang-kurangnya sebulan sekali atau sebelum memulakan perjalanan jauh bagi memastikan tayar sentiasa berada dalam keadaan terbaik.