Sikap mengambil kesempatan terhadap kebaikan rakan sekerja boleh berlaku tanpa disedari, bermula daripada bantuan kecil yang akhirnya menjadi kebiasaan. -Gambar hiasan AI
TIDAK semua bentuk pembulian berlaku secara terang-terangan.Ada juga bermula dengan bantuan kecil sebelum bertukar menjadi situasi di mana seseorang terasa seperti dipergunakan. Begitulah pengalaman dikongsikan seorang individu yang mendakwa pernah dijadikan 'runner' tidak rasmi untuk membeli makanan rakan-rakan ketika menjalani latihan industri (internship), sehingga dia mula berasa kebaikannya diambil kesempatan.ARTIKEL BERKAITAN: “Pah kijo mu sapa nak wak” - Wanita meletup lepas 5 tahun dipulau, geram rakan sekerja sakan perli ambil cuti kahwin semingguARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘demand’ naik gaji disindir, dibuli rakan sekerja gara-gara mulut celupar staf HR - “Bukan RM10,000 pun!”"Saya selalu beli dekat kantin sebab bukan orang senang. Ada dua orang yang intern dengan saya, selalu pesan makanan online sebab tak ada transport. "Kemudian mereka minta tolong saya beli lunch dekat kantin sebab murah. Okay je. Makin lama member siap goyang kaki," tulisnya dalam satu perkongsian di Threads. Tambah individu tersebut, lama-kelamaan dia mula berasa kurang selesa apabila kedua-dua rakannya itu seolah-olah terlalu bergantung kepadanya.Kehadiran rakan sekerja toksik boleh menjejaskan produktiviti serta mewujudkan persekitaran kerja yang tidak sihat. -Gambar hiasan AI"Dah la makanan dipesan banyak songeh, nak itu ini, asing semua itu ini. Tak ada pun nak ikut saya beli sekali ke, teman ke apa ke."Bagi saya, macam tak ada common sense," katanya.Apa lebih mengecewakan, seorang lagi rakan intern yang membawa bekal dari rumah dilihat lebih prihatin apabila sanggup menemaninya dan membantu membeli makanan mereka."Sedangkan yang dua tu, melenggang dekat office main phone dengan alasan 'panas'," tulisnya lagi.Seorang individu kongsi pengalaman Ketika intern, mendakwa kebaikannya telah diambil kesempatan oleh rakan sekerja.Dia sering diminta membeli makanan untuk rakan-rakan kerana mereka tidak mempunyai pengangkutan.Lama-kelamaan, dia mula rasa tidak selesa kerana terlalu banyak permintaan dan sikap terlalu bergantung.Dia kecewa kerana rakan-rakannya hanya goyang kaki dan beri alasan tidak munasabah.Akhirnya dia memilih membawa bekal sendiri agar tidak terus dibuli.Ringkasan ini dijana oleh AIBerasa kebaikannya mula diambil kesempatan, individu itu kemudian mengambil keputusan untuk membawa bekal sendiri."Bukannya berkira tak nak tolong tapi sebab bagi saya macam tak ada adab. Mengata kita itu ini."Hah memang tak kuasa la aku nak melayan. Aku kuli batak kau ke?" luahnya lagi.Di ruangan komen, hantaran individu berkenaan mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya turut berkongsi kisah hampir serupa apabila kebaikan mereka diambil kesempatan oleh rakan sekerja. "Mesti nak kena sambal lebih la, sos lebih la, ayam besar la. Dah tu kalau tak dapat macam dia nak, bebel."Iya, siap pesan 'nanti ambik gambar lauk apa ada. Kalau takde bahagian ni ambik bahagian ni'. Yih!" Demikian antara komen netizen.