suria

Gadis kecewa BF tak sentuh bekal dikirim, pergi 'kutip' semula waktu malam - "Dia kata saya mengongkong"

Bekal makanan yang dihantar tidak diambil oleh kekasih kepada pengadu -Gambar hiasan AI (kiri)

SEORANG wanita berasa terkilan apabila usahanya menyediakan makanan harian untuk teman lelaki langsung tidak dihargai, malah dianggap mengongkong.

Menurut wanita itu, pertengkaran antara mereka tercetus apabila dia menegur cara kekasih mengurus kewangan yang mana lelaki itu dilihat terlalu boros dalam berbelanja. 

"Duit baru masuk tapi dia terlalu boros dan sesak tak sampai tengah bulan. Saya sanggup tolong dia macam-macam sampai setiap hari masak untuk dia dan hantar pergi tempat kerja.

"Tapi dia langsung tak hargai dan kata saya terlalu control kehidupan dia. Dah dua kali saya bekalkan dia makanan sejak kami bergaduh dan dua kali juga dia tak datang ambil.

"Saya rasa macam dah tak ada rasa hormat pada diri sendiri dengan apa yang dia buat," katanya di Thread.

Tangkap layar perbualan (kanan) wanita yang kecewa apabila makanan disediakan tidak diambil teman lelaki.

Wanita itu turut memuat naik foto bekal makanan yang disediakan iaitu nasi bersama kicap, telur goreng, lauk serta minuman kotak perisa soya. 

Berdasarkan tangkap layar dikongsi, bekal tersebut dipercayai diletakkan di luar pagar rumah teman lelaki namun tidak diambil, membuatkan dia berasa kecewa.

Menerusi mesej perbualannya juga, dapat dilihat wanita ini kecewa dengan sikap pasangannya.

"Pukul 9 malam kalau tak ambil makanan ni saya buang je la. Takut basi. Cuma nak tegur, dengan rezeki jangan buat main. 

ARTIKEL BERKAITAN: Suami buang bekal makanan, stres isteri masak tak sedap... Paling ‘turn off’ buka bekas nampak nuget dan sosej!

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu rajin beli bekas makanan, sudahnya ramai tertunggu bekal Rahel setiap hari - “Suami bebel, tapi akak susun elok-elok”

"Hari ni kau buang rezeki, esok lusa rezeki tak masuk. Tak apa la aku dah tak masakkan. Dari buang membazir macam ni. Usaha aku pun kau tak hargai," tulisnya dalam mesej tersebut.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang menasihatinya agar tidak terlalu menjadi provider (tanggung pasangan) apatah lagi hubungan masih belum sah.

"Sebagai orang dah kahwin, kau jangan jadi terlalu provider untuk dia. Faham nak tolong tapi ada masa kena buat tak tahu juga. Nanti kau sendiri yang terasa hati walau dah kahwin.

"Jangan masak untuk dia kak. Nampak sangat dia tak peduli pun. Lelaki macam ni patut ditinggalkan je. Baru tegur sikit dah tak mahu dengar. Kalau kahwin nanti macam mana," komen beberapa netizen.

Bagaimanapun, wanita itu tampil memberi penjelasan lanjut mengenai situasi sebenar hubungan mereka yang dikatakan sudah terjalin sejak di bangku sekolah lagi.

  • Wanita kecewa bekal makanan untuk teman lelaki tidak dihargai, malah dirinya dianggap mengongkong.
  • Mereka bergaduh selepas dia menegur sikap boros lelaki itu mengurus kewangan.
  • Dua kali bekal dihantar, dua kali juga tidak diambil hingga dia rasa hilang harga diri.
  • Netizen menasihatinya supaya tidak terlalu menjadi ‘provider’ dalam hubungan belum sah.
  • Dia menjelaskan teman lelakinya adalah pelajar tanpa elaun praktikal dan mereka sudah lama mengenali.

Katanya, mereka berdua masih bergelar pelajar namun tidak belajar di tempat yang sama. 

Kebetulan, teman lelaki kini menjalani latihan industri berhampiran dengan tempatnya, menyebabkan dia lebih kerap membantu menyediakan makanan.

"Dia tak dapat elaun masa praktikal. Cuma ada elaun daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara), tu pun berapa sangat.

"Saya fikir dia nak survive dengan situasi macam ni bukan senang. Bayar rumah sewa dan duit minyak pergi balik kerja," jelasnya.

Artikel Lain