SEORANG remaja lelaki meluahkan rasa runsing dengan sikap ibunya yang didakwa sering bangun lewat kerana berjaga sehingga awal pagi bermain telefon bimbit.Katanya keadaan itu menyebabkan adik beradiknya yang masih kecil terabai daripada soal penjagaan diri dan makan minum. Menurut pengadu, bapanya hanya pulang dari kerja pada waktu petang dan ketika itulah segala urusan rumah diambil alih."Ayah balik kerja waktu petang. Siang hari mak membongkang bangun lewat sebab waktu malam dia main telefon bimbit sampai pukul 2 hingga 3 pagi.Seorang abang pasti tidak sanggup melihat adiknya sendiri dalam kelaparan. -Gambar hiasan AI"Adik saya lapar tapi kena bertahan sampai petang. Saya pernah masak mi segera tapi mak marah kata saya kotorkan dapur je."Ayah ada beli lauk (barang basah) tapi mak masak waktu petang. Waktu pagi semua (adik-beradik) kena tahan perut," ujar pengadu yang masih bersekolah itu.Cerita pengadu lagi, akibat terlalu lapar adiknya bertindak menyelongkar tong sampah di dalam rumah untuk mengambil lauk yang sudah dibuang untuk mengisi perut.ARTIKEL BERKAITAN: 3 tahun hadap gangguan seksual, gadis dedah mesej lucah dikirim kekasih ibu... Buntu dihalang buat ‘report’ARTIKEL BERKAITAN: “Aku pun terikut tak solat” - Wanita sedih dapat suami jahil agama, abai tanggungjawab bimbing masyuk syurga"Saya yang kena marah sebab tak jaga adik. Saya tengok dekat TikTok, mak orang lain tak macam mak saya yang pemalas tu."Ayah rajin, balik kerja terus urus segalanya. Ayah pun selalu kena marah, ini kan pula saya," katanya lagi.Luahan itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasib remaja berkenaan selain menasihatinya supaya terus bersabar.Pelajar lelaki ini tertekan apabila ibunya sering bangun lewat kerana berjaga hingga awal pagi.Adik beradik terpaksa menahan lapar sejak pagi kerana tiada makanan disediakan.Dia pernah dimarahi hanya kerana cuba memasak untuk adik-adiknya.Bapanya yang pulang petang mengambil alih urusan mengurus dan memandikan mereka.Luahan itu mengundang simpati netizen yang menyarankan agar bapanya menegur sikap ibunya.Ringkasan ini dijana oleh AI"Allah uji awak dik, menjadikan awak kuat dan lebih bertanggungjawab kepada adik-beradik. Sabar banyak-banyak."Kesiannya anak yang ada mak macam ni. Suruh la ayah awak tegur mak tu. Kalau tak berubah juga, suruh cari mak baharu."Kesiannya awak dapat mak macam tu. Perempuan jenis ni, apabila suami cari lain barulah dia nak melalak padahal tanggungjawab sebagai ibu dah kelaut," komen beberapa netizen.