suria

BF mengaku 'sayang berkurang' lepas 3 tahun bercinta, wanita menangis sampai bengkak mata! Dulu siap tarik baju, rayu tak nak putus

Mendapat tahu pasangan sudah tawar hati merupakan 'mimpi ngeri' bagi sesetengah individu. -Gambar hiasan AI

HUBUNGAN yang dibina hampir tiga tahun berdepan masalah apabila seorang wanita meluahkan kebuntuan selepas kekasih hati mengaku sudah kurang rasa sayang terhadap dirinya.

Menurut perkongsian di Thread, wanita itu berkata pengakuan tersebut benar-benar membuatkan dia keliru kerana hanya tiga hari sebelum pergaduhan, teman lelakinya masih melafazkan kata sayang seperti biasa.

"Sebenarnya saya penat, kami tak berhubung sejak bergaduh dan dia tak cari saya. Tapi saya turunkan ego mesej dia. Saya dah cuba nak gerak (tinggalkan) hubungan ni tapi susah.

"Sebelum ni gaduh teruk mana pun dia buat, saya masih maafkan dia tapi tak ada sikit pun kurang rasa sayang. Dia tak pernah curang tapi cara dia layan buatkan saya rasa sakit sangat.

Sering bergaduh boleh jadi punca pasangan tawar hati. -Gambar hiasan AI

"Kalau gaduh, dia susah nak pujuk tapi pernah dia pujuk lepas saya ada berbincang dengan dia, tapi benda tu sekejap je. Katanya, dia nak jadi diri dia sendiri," katanya lagi.

Lebih memilukan, dia mengimbas kembali detik awal hubungan apabila teman lelakinya pernah menangis dan menarik bajunya apabila dia menyatakan hasrat untuk memutuskan hubungan mereka.

Pada masa sama, wanita itu mengakui kekasihnya juga pernah banyak berkorban dan layanan baik selama tiga tahun membuatkan dia berasa terseksa memikirkan tentang hala tuju hubungan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahu teman wanita sudah ‘ditebuk’ orang, lelaki tawar hantaran RM500 sahaja… Anggap nilai paling munasabah

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah rasa meluat tengok pasangan? Tiga kaedah ini mungkin boleh bantu anda selesai masalah tawar hati

"Dia ada baiknya, selalu bawa saya jalan-jalan, bagi hadiah, bunga, duit masa saya tak ada wang serta ambil dan hantar saya. Saya buntu, dia jadi macam tu sebab salah saya ke?

"Saya tak pernah menangis seteruk ni sampaikan mata bengkak pergi ofis. Saya tutup cela (kesan menangis) guna mekap. Makan pun tak ada selera jadi saya berpuasa," jelasnya lagi.

  • Hubungan tiga tahun goyah selepas teman lelaki mengaku sudah kurang rasa sayang.
  • Wanita itu letih kerana perlu mengalah dan menghubungi pasangan untuk pujuk setiap kali bergaduh.
  • Walaupun sering dilayan baik, cara dan sikap dingin pasangan ketika bergaduh tetap menyakitkan hatinya.
  • Tekanan emosi membuatkan dia menangis teruk, hilang selera makan dan sukar fokus di pejabat.
  • Netizen nasihat supaya tinggal dan tidak terus berkorban untuk hubungan yang tidak dihargai.

Rata-rata pengguna media sosial tampil memberi pandangan dan sokongan sebagaimana diharapkan wanita itu.

"Sis cuba tanya diri. Sanggup ke nak hadap perangai tu waktu kahwin nanti? Bila dah ada anak, takkan nak serabut urus dua orang sekali.

"Girl, lelaki tak suka yang murah (terlalu lemah) ni. Demand sikit, jual mahal. Sayang hubungan tiga tahun? Dia dah mengaku tak sayang. Gerak je dik. Jangan bazir masa, ramai lagi lelaki lain.

"Tak kesian dekat diri sendiri? Jangn seksa jiwa, sibukkan diri dengan ibadah dan aktiviti bermanfaat. Hati akan perlahan-lahan terima takdir," komen beberapa netizen.

Artikel Lain