suria

Gigih kumpul, kedai tolak wang kecil! Hasrat makcik beli mesin basuh 'cash' tak kesampaian - "Duit kita seolah-olah jijik"

Hasrat seorang makcik membuat pembelian mesin basuh secara tunai tidak kesampaian. -Gambar hiasan AI

SEORANG pelanggan wanita meluahkan rasa terkilan apabila dia sekeluarga seolah-olah dipandang hina kerana mahu membuat bayaran tunai menggunakan wang recehan (duit kecil).

Meluahkan kesedihan yang dialami, ujar wanita ini, kejadian berlaku di sebuah kedai barangan elektrik di Bachang, Melaka ketika membawa ibunya membeli sebuah mesin basuh.

"Saya tak tahu nak sedih atau nak kuat, bukan sebab tak dapat beli mesin basuh tapi sebab maruah keluarga dipijak-pijak.

"Kami bawa mak ke kedai di Bachang untuk beli mesin basuh sebab yang lama dah rosak," luahnya di Thread.

Wang tunai yang dibawa ibunya bagi membeli mesin basuh di kedai terbabit.

Wang tunai yang dibawa ibunya bagi membeli mesin basuh di kedai terbabit.

Menurut wanita ini, ibunya telah menyimpan wang tersebut sedikit demi sedikit dalam bentuk wang kertas kecil RM1, RM5 dan RM10.

"Mak kumpul duit dari duit salam dan bajet RM299 sahaja... itulah kemampuan kami dan nak bayar tunai," tambahnya lagi.

Namun katanya, hasrat untuk menggantikan mesin basuh yang telah lama rosak itu bertukar menjadi memori pahit apabila pihak kedai didakwa enggan menerima wang recehan yang dibawa.

Dakwanya lagi, nada percakapan pekerja terbabit juga seolah-olah memperlekehkan keluarganya.

  • Pelanggan wanita dakwa dihina sebab mahu buat bayaran guna wang recehan.
  • Kejadian berlaku di kedai elektrik di Bachang ketika nak beli mesin basuh.
  • Ibu kumpul RM299 hasil simpanan duit kecil RM1, RM5 dan RM10.
  • Pekerja didakwa perlekeh, adik pula dihalau keluar.
  • Aduan dibuat kepada HQ, netizen simpati dan kecam layanan peniaga.

Jelasnya lagi, situasi semakin tegang apabila adiknya didakwa dihalau keluar selepas cuba menegur sistem pembayaran di kedai itu.

"Dia cakap susah nak bank-in, apabila kami tanya manager, dia mengaku pula sebagai manager.

"Adik tegur supaya sistem tersebut diperbaiki, tapi adik pula dihalau keluar. Duit kita seolah-olah jijik untuk diterima, mak kita diperlakukan macam menyusahkan.

"Kalau dari awal cakap elok-elok maaf encik, kami tak boleh terima duit kecil... kami boleh cari cara untuk bank-in," ujarnya sayu.

ARTIKEL BERKAITAN: Penumpang tiada duit kecil, pemandu Grab halalkan je... sebulan kemudian dapat surat misteri dan ganjaran diselit di wiper kereta!

ARTIKEL BERKAITAN: Sejak kecil wanita ini hanya didoakan keburukan! Masa hamil ibu doa susah bersalin, marah bawa makan tempat murah

Dalam pada itu, wanita ini turut memaklumkan bahawa aduan rasmi telah dibuat kepada ibu pejabat syarikat tersebut.

Malah dia berharap mendapat keadilan atas penghinaan yang diterima keluarganya.

Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-rata meluahkan rasa simpati terhadap nasib keluarganya.

"Dia tak layak layan orang macam tu, kalau aku kat situ memang aku 'sound' dia.

"Sebagai orang berniaga, memang susah kedai-kedai nak bank-in duit kecil sekarang ni tapi tak bermaksud boleh kurang ajar macam tu," demikian antara reaksi netizen.

Artikel Lain