suria

Gara-gara kentang goreng jatuh ke lantai, bapa baran hayun tangan ke muka anak kecil! Makin melalak apabila dijerkah suruh diam

Ibu bapa perlu bijak mengawal situasi ketika menjamu selera di kedai makan bersama anak kecil. -Gambar hiasan AI

SEORANG pelanggan kedai makan meluahkan rasa berang selepas menyaksikan satu insiden tegang membabitkan sebuah keluarga yang duduk berhampiran dengannya.

Dalam hantaran di Thread, wanita itu mendakwa si bapa melempang anaknya selepas makanan yang dipesan terjatuh ke atas lantai.

"Seorang anaknya duduk di kerusi bayi, umur dua ke tiga tahun. Seorang lagi anak nampak umur macam enam tahun.

Kanak-kanak biasanya akan diberi gajet semasa ibu bapa makan. -Gambar hiasan AI

"Si adik tiba-tiba capai pinggan dan berteraburlah kentang goreng jatuh atas tar. Ini warung outdoor.

"Si bapa terus tampar muka anak tu depan orang. Meraung budak tu. Tambah lagi kena tenung tajam dengan bapanya," dakwa individual yang menyaksikan kejadian itu.

Imbasnya lagi, lelaki berkenaan bukan sahaja mengasari anaknya, malah turut meninggikan suara untuk menghentikan tangisannya.

  • Pelanggan kedai makan terkejut lihat lelaki tampar muka anak yang masih kecil.
  • Lelaki itu naik angin selepas anaknya menumpahkan makanan ke atas lantai.
  • Saksi mendakwa lelaki itu turut menjerkah anaknya yang sedang menangis.
  • Ramai netizen luah rasa berang dengan tindakan lelaki itu mengasari anaknya.

"Sambil dukung dia suruh anaknya diam. Baby lagi menangis sebab kena jerkah. Aku depan meja mereka. Aku tenung bapa dia sampai mata kami bertembung.

"Cepat-cepat dia pandang lain. Tahu pula malu. Dasar bapa tak guna. Si ibu pun dah perasan aku. Dia sambung suap anaknya yang seorang lagi," imbasnya lagi.

Menurut saksi itu, dia tidak sempat membuat rakaman dan hanya melihat kejadian itu sambil menjamu selera bersama suaminya.

Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa simpati terhadap kanak-kanak yang dilayan kasar oleh bapa sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Azan dah habis masih tak solat, syok layan TikTok.... Makcik jerkah ibu hamil minta nak guna bangku surau

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah dirai, dihargai... Lelaki puji ibu bapa moden terlibat hal anak di sekolah - "Tokoh akademik, sukan tahap kebangsaan tak siapa peduli"

Malah, netizen turut memberi nasihat kepada ibu bapa agar tidak terlalu garang bagi mengelakkan konflik dengan anak-anak pada masa depan.

"Baran tak bertempat. Kentang goreng dah jatuh, order la yang baru. Patut bapa dia yang kena tampar.

"Nanti apabila dah tua, jangan tanya kenapa anak kurang ajar. Dah banyak saya tengok orang tua terlampau garang. Apabila tua, anak jadi tak hormat.

"Bodoh punya ayah. Benci betul orang panas baran ni. Dah la dengan budak," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain