suria

Wanita dilabel pengotor gara-gara tukar lampin anak dalam kereta... Geng mak mak tak duduk diam, dedah logik tak singgah tandas awam

Golongan ibu sering cemas apabila melihat anak mereka meragam ketika dalam perjalanan. -Gambar hiasan AI

MEREKA yang mempunyai anak kecil pasti memahami situasi cemas apabila si manja tiba-tiba meragam ketika dalam perjalanan jauh, disebabkan lampin yang dipakai sudah dipenuhi najis.

Lokasi hentian yang terdekat pasti akan disinggah bagi membersihkan kekotoran yang ada seperti dilakukan seorang wanita ini.

Meskipun berhenti di sebuah stesen minyak, dia tetap memilih untuk membersihkan lampin anaknya di dalam kenderaan.

Bagaimanapun, tindakannya itu dirakam individu lain dan ditularkan di media sosial.

Hantaran yang dibuat wanita ini tular sehingga dikongsikan warga maya.

Hantaran yang dibuat wanita ini tular sehingga dikongsikan warga maya.

"Pengotor! Salin lampin anak tepi jalan padahal dah dekat R&R (Rehat dan Rawat), tandas pun dah dekat," ujarnya yang turut memuat naik gambar wanita tersebut.

Bagaimanapun hantaran berkenaan kemudiannya dikongsikan seorang lagi pengguna Thread yang meluahkan rasa terkilan apabila tindakan menukar lampin anak di dalam kenderaan, dianggap pengotor.

"Baru aku tahu, tukar lampin anak sendiri di dalam kereta akan dicop pengotor," luahnya sambil meletakkan emoji menangis.

Cuba menjelaskan tindakan yang dilakukan itu, ujarnya dia juga lebih memilih untuk berbuat demikian di dalam kenderaan sendiri kerana bimbang keadaan tandas awam yang kurang bersih.

  • Wanita tukar lampin anak dalam kereta di stesen minyak.
  • Dirakam orang ramai, dilabel “pengotor” di media sosial.
  • Dakwa lebih selamat berbanding tandas awam yang kotor.
  • Tegaskan tidak buang lampin merata-rata.
  • Ramai ibu tampil sokong, kongsi pengalaman sama.

Malah katanya, lampin anaknya juga tidak dibuang merata-rata sebaliknya dimasukkan ke dalam plastik terlebih dahulu.

"Tak yakin kebersihan dalam tandas stesen minyak, kita bukan tinggal lampin merata-rata.

"Kalau terjatuh pun, kita kutip balik," jelasnya berkongsi amalan yang sering dilakukannya.

Di ruangan komen hantarannya, golongan ibu turut berkongsi pengalaman menukar lampin anak di dalam kenderaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengasuh kenakan caj setiap kali cuci bayi berak, jika tembus lampin kadar lebih mahal... 'Rabak' poket mak ayah!

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai setuju bapa Gen Y rajin tukar lampin anak, lebih bertanggungjawab... Beza sangat cara ayah zaman dulu

Tidak kurang juga yang berpendapat bahawa ruang menukar lampin di tempat awam kadangkala tidak diselenggara dengan baik, menyebabkan ramai lebih selesa menguruskannya di dalam kenderaan masing-masing.

"Kalau dia nampak saya tukar lampin anak betul-betul lepas plaza tol, entah apalah dia cakap.

"Saya  banyak kali tukar di bonet kereta, ada tisu basah, botol air dan sabun untuk cuci tangan, lampin kotor letak dalam plastik.

"Bukan orang tukar lampin dalam kereta dia atau campak kat muka dia," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain