Golongan suami sepatutnya bersyukur apabila dibekalkan makanan oleh isteri ke tempat kerja. -Gambar hiasan Ai
BAGI sesetengah isteri, menyediakan bekal untuk suami ke tempat kerja bukan sekadar soal makanan ketika lapar, tetapi lambang kasih sayang dan perhatian.Namun Ketika lelaki lain gembira dan bangga membawa bekal makanan hasil air tangan isteri ke tempat kerja, berbeza pula halnya dengan seorang lelaki ini. Bukan sahaja bekal yang dibawa tidak berusik, sebaliknya ia berakhir di tong sampah kerana tidak menepati seleranya.ARTIKEL BERKAITAN: Umur anak 28 tahun, bapa masih hantar bekal di tempat kerja! Ibu elak masak ikan, bimbang susah nak makanARTIKEL BERKAITAN: Demi nak berjimat isteri bangun 4.30 pagi ‘berperang’ di dapur, masak bekal anak... Hulur duit belanja RM3 dah cukupItulah situasi dikongsikan seorang individu mengenai rakan sepejabatnya, yang terpaksa memendam rasa bersalah setiap kali dibekalkan makanan ke tempat kerja oleh isterinya."Officemate aku ni selalu bawa bekal, tapi malangnya isteri dia masak tak sedap. Disebabkan tak sedap, dia tak makan dan kadang dia buang.Segelintir isteri sanggup bangun awal pagi demi menyiapkan bekalan buat suami. -Gambar hiasan AI"Kadang-kadang wife dia bekalkan fast food macam nuget, fries dan sosej tapi officemate aku ni tak suka. Selalu dia bagi orang atau buang," tulis individu itu dalam hantarannya.Situasi itu membuatkan rakan sepejabatnya berada dalam dilema dan tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah berkenaan tanpa melukakan perasaan isteri.Justeru, individu tersebut memohon pandangan warga maya bagi membantu mencari jalan terbaik tanpa melukakan hati isteri rakan sekerjanya itu.Seorang individu berkongsi kisah rakan sepejabatnya yang kerap dibekalkan makanan oleh isteri.Namun, bekal tersebut tidak dimakan kerana tidak sedap dan tidak menepati selera.Ada kalanya makanan diberikan kepada orang lain atau dibuang.Lelaki itu berada dalam dilema kerana tidak mahu melukakan perasaan isterinya.Warga maya menasihatkan supaya isu dibincangkan secara berhemah.Ringkasan ini dijana oleh AI"Macam mana nak beritahu jangan buatkan bekal lagi tanpa bini dia terasa? Aku kesian tengok makanan dibuang. Nak makan memang betul-betul tak sedap," tulisnya lagi.Di ruangan komen, warga maya tampil dengan reaksi yang bercampur. Ada yang berpendapat si suami seharusnya berterus terang dengan isterinya secara berhemah demi mengelakkan pembaziran makanan, selain mencadangkan agar pasangan itu berbincang soal selera masing-masing.Malah, ada juga warga maya yang mengingatkan pentingnya menghargai usaha isteri meskipun masakannya kurang menepati selera, kerana niat menyediakan bekal itu datang daripada rasa sayang dan tanggungjawab terhadap pasangannya.