suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita bersengkang mata siapkan 50 bekas pekasam, pelanggan pulang balik sebab dah berbau... Rupanya salah sendiri tak simpan dalam peti ais

Kebanyakan peniaga kecil-kecilan terpaksa bersengkang mata untuk menyiapkan tempahan banyak. -Gambar hiasan AI

PENAT lelah seorang warga emas menyiapkan tempahan pekasam ikan puyu dalam jumlah yang besar bertukar kekecewaan apabila usahanya itu tidak dihargai.

Demikian kisah duka dikongsikan seorang wanita mengenai nasib buruk ditimpa ibunya yang menyiapkan tempahan tersebut untuk salah seorang kenalan terdekat di kampungnya di Parit Buntar, Perak.

Ceritanya, ibunya teruja sehingga sanggup bersengkang mata menyiapkan 50 bekas pekasam ikan puyu malah membeli bekas baharu bagi memastikan pesanan disediakan dengan kemas.

Pengadu berkongsi foto keadaan pekasam yang dibuat ibunya dalam hantaran di Threads.

"Ada kawan mak aku buat tempahan 50 bekas pekasam puyu. Mak aku ni bersusah payah la buat tengah malam, beli barang tak cukup.

"Dia siap beli bekas cantik-cantik sebab esok tu nak hantar dekat rumah kawan dia. Pagi tu dia excited pack satu per satu. 

"Lepas siap bungkus, dia hantar dekat rumah kawan dia. Balik tu dia bercerita dekat anak-anak, dia dah hantar tempahan. Okay cerita tu habis dekat situ," cerita wanita ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu sarat hamil pulang melopong! Gigih masak, kemudian bawa 3 anak COD tom yam tapi pelanggan ‘ghaib’

ARTIKEL BERKAITAN: Luluh hati isteri lihat gumpalan rambut dalam laksa... Usahawan ‘penat’ 2 kali rebus tetap ada, netizen cadang buat ujian DNA

Bagaimanapun, beberapa hari kemudian wanita itu terkejut apabila melihat kesemua 50 bekas pekasam puyu itu kembali berada di rumah.

Apabila ditanya, ibunya memaklumkan pelanggan berkenaan tidak menyimpan pekasam tersebut di dalam peti sejuk sehingga rosak, malah dia juga tidak menerima sebarang bayaran.

"Aku sebagai anak sumpah sakit hati bila orang lain buat dekat mak kita sendiri macam tu," ujar wanita ini lagi.

  • Tempahan 50 bekas pekasam berakhir dengan kekecewaan.
  • Ibu rugi, pekasam dipulangkan dalam keadaan rosak.
  • Teruja terima tempahan besar, hasil jualan akhirnya lebur.
  • Anak terkilan lihat ibu kerugian selepas tempahan dibatalkan.
  • Pekasam RM10 sebekas dijual semula selepas pelanggan gagal simpan dengan baik.

Membalas salah satu komen netizen yang bersimpati dengan nasib ibu kepada pengadu, dia menjelaskan pekasam tersebut dipulangkan dalam keadaan sudah berbau.

Simpati dengan nasib ibunya, wanita itu kini menjelaskan dalam hantarannya menawarkan diri untuk membantu menjual pekasam ikan puyu tersebut kepada orang ramai.

Menurutnya, setiap bekas dijual pada harga RM10 dengan perkhidmatan cash on delivery (COD) di sekitar Perak, manakala caj penghantaran hanya RM2.

Artikel Lain