suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki ikut pergi ‘showroom’ demi jaga hati ibu, runsing ditekan beli kereta import walau gaji bersih RM2,300 - “Mana nak cekau duit?”

Seorang anak sememangnya mahu menggembirakan hati ibu bapa namun tersepit dengan kemampuan kewangan sendiri. -Gambar hiasan AI

KEINGINAN memiliki kereta pertama mungkin menjadi impian bagi ramai golongan muda yang baru melangkah ke alam pekerjaan.

Namun, keputusan untuk membeli kereta bukan sesuatu yang boleh dibuat secara tergesa-gesa kerana ia melibatkan komitmen kewangan jangka panjang perlu dipertimbangkan dengan teliti selain mengambil kira jumlah pendapatan bulanan. 

Di Threads, seorang individu meluahkan kebimbangan selepas mendakwa ibunya sering memujuk adik lelakinya supaya membeli kereta walaupun pemuda itu baharu mendapat kerja. 

Golongan muda mudah terjerat dengan hutang kerana kegagalan menguruskan kewangan dengan baik. -Gambar hiasan 

"Hari ini, ibu bapa saya keluar meninjau kereta bersama adik lelaki sebab dia dah kerja dua bulan. 

"Adik masih belum bersedia memikul komitmen seperti itu sebab gaji bersih RM2,300 saja. 

"Tapi ibu betul-betul pujuknya beli kereta. Paling kurang pun Honda atau Toyota. Tak mahu kereta tempatan," tulisnya.

Menurut individu itu, adiknya terpaksa mengikut kerana mahu menjaga hati ibu sedangkan hakikatnya masih belum bersedia memikul komitmen besar.

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji tak seberapa tapi adik bersungguh nak beli kereta, rupanya awek desak - "Dia macam lembu dicucuk hidung"

ARTIKEL BERKAITAN: Baru dapat 4K sebulan dah beli kereta import, sewa rumah 1K! Kakak gaji lebih tinggi risau tengok adik nafsu T20 berbelanja

"RM1,000 tu baru installment, belum campur pelbagai kos sampingan yang perlu ditanggung apabila sudah beli kereta. 

"Kami bertiga, anak-anak yang paling tua, semuanya bantah cadangan ibu. Boleh bayangkan tak mentaliti yang kami sedang hadap sekarang?

"Dah la suruh budak tu kirim monthly allowance dekat dia. Padahal adik tak ada masalah pun tak ada kereta," luahnya. 

  • Seorang individu meluahkan kebimbangan apabila mendakwa ibunya mendesak adik lelaki membeli kereta walaupun baru bekerja.
  • Adiknya belum bersedia kerana gaji bersih hanya RM2,300 sebulan dan bimbang dengan komitmen bulanan.
  • Ibu mereka mahu adiknya membeli kereta jenama luar, bukan kereta tempatan.
  • Adiknya terpaksa ikut ke 'showroom' kereta kerana mahu jaga hati ibu.
  • Dia berharap ibu bapa lebih memahami kemampuan kewangan anak-anak agar tidak terbeban dengan hutang kelak.

Dia turut menyenaraikan beberapa komitmen ditanggung adiknya ketika ini termasuk sewa rumah, insurans, hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta pemberian wang bulanan kepada ibu bapa yang hampir berjumlah RM2,000.

"Kalau dah ada kereta, mana nak cekau duit?" ceritanya lagi.

Di akhir perkongsian, individu tersebut meluahkan harapan agar mentaliti seperti ibunya perlu dihentikan agar tidak membebankan generasi seterusnya hingga terpaksa bergelut dengan hutang.

"Kami berdoa supaya tidak menjadi ibu bapa seperti ini," katanya lagi.

Artikel Lain