SIKAP bertimbang rasa sangat penting dalam sesebuah persahabatan bagi mengelakkan berlakunya perselisihan faham atau rasa tidak puas hati.Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas berdepan situasi kurang menyenangkan apabila niatnya untuk keluar makan bersama seorang rakan bertukar menjadi pengalaman yang menyakitkan hati. Menurut wanita berkenaan, dia tidak kisah berkongsi makanan dengan anak-anak rakannya, namun berasa amat terkilan apabila tindakannya itu diambil mudah oleh ibu mereka.Buat pesanan makanan untuk anak adalah lebih baik daripada mereka meminta makanan orang lain. -Gambar hiasan AI"Dia bawa anak perempuan usia sembilan dan tujuh tahun. Makanan aku pesan tu agak mahal dan saiznya cukup untuk seorang. Aku pula lapar seharian tak makan."Tiba-tiba anak-anak kawan aku datang dekat dan tenung lama. Mak dia pula buat bodoh je, aku pun suap la sikit kat anak-anak tu. Tapi lepas tu mereka buka mulut minta makan lagi," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Ibu kutip dan basuh sisa makanan kenduri, masak semula untuk anak-anak - “Mak kata dekat tuan rumah nak bagi kucing”ARTIKEL BERKAITAN: Tulis kapsyen rindu suami pun tak boleh! Wanita rimas ibu mentua kawal ‘posting’ media sosial, gambar makanan turut dilarangMelihat rakan berkenaan hanya berdiam diri dan membiarkan anak-anaknya terus meminta makanan, wanita itu mengambil keputusan untuk berhenti menyuap mereka."Apabila aku buat bodoh, anak-anak dia pula pergi tarik lengan baju mak dia. Tahu kawan aku cakap apa? Weh... bagi la sikit, anak aku minta tu."Dia cakap tu dalam nada sinis ya. Macam aku pula tiada common sense sebab tak suap anak dia. Tapi masalahnya, tu makanan aku," katanya.Keadaan menjadi lebih menyakitkan hati apabila anak-anak rakannya enggan makan makanan sendiri dan sebaliknya mahukan hidangan kepunyaannya.Akhirnya, wanita itu terpaksa mengalah dan membiarkan makanan tersebut dihabiskan oleh anak-anak rakannya, biarpun dia sendiri hanya sempat menikmati beberapa suapan sahaja.Wanita kecewa rakannya didakwa membiarkan anak meminta makanan miliknya.Dia tidak kisah berkongsi, tetapi terkilan tiada sikap bertimbang rasa.Makanan yang dipesan akhirnya habis dimakan anak rakannya.Luahan itu mengundang pelbagai reaksi netizen.Netizen nasihat supaya menghargai kebaikan orang lain.Ringkasan ini dijana oleh AIBukan itu sahaja, kekecewaannya makin bertambah apabila tiba waktu membuat pembayaran.Rakannya dilihat sengaja bertangguh dan berlengah untuk ke kaunter, menyebabkan dia akhirnya terpaksa membayar keseluruhan bil tersebut."Kalau dia jaga anak-anak sendiri supaya tidak usik makanan aku, aku tak kisah pun belanja mereka. Tapi apabila jadi macam ini, aku sakit hati," katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang menyarankan agar wanita berkenaan memutuskan hubungan dengan rakan seperti itu."Lepas ni awak jangan WhatsApp dia, jangan keluar dengan dia. Cukup la berkawan dengan orang tiada timbang rasa ni."Sila beringat, kalau sekali dia buat lain kali pun dia buat lagi. Tak payah la keluar dengan kawan macam ni," komen warga maya.