SILA bersabar. Itu pesanan yang dikongsikan seorang wanita selepas berdepan pengalaman kurang menyenangkan ketika menikmati makan malam bersama keluarganya di sebuah restoran.Menurut wanita itu, sewaktu mereka hampir selesai menjamu selera di premis yang terletak di Bukit Jelutong, Selangor itu, keadaannya mula dipenuhi orang ramai yang beratur di luar untuk mendapatkan tempat. Namun, suasana menjadi janggal apabila terdapat dua beranak yang terus melangkah masuk ke dalam restoran sebelum bertindak menunjuk-nunjuk ke arah mejanya.Kakitangan restoran perlu menghormati pelanggan yang sedang menikmati hidangan. -Gambar hiasan AI"Memang wujud ya golongan yang tak reti sabar ni. Masa aku dengan suami masih mengunyah, anak pun masih tengah makan tiba-tiba dua beranak tu meluru ke meja aku."Masuk je terus tunjuk-tunjuk meja aku, dia dah aim nak ambil tempat kami," kongsinya di media sosial.ARTIKEL BERKAITAN: Berani minta cara kasar, pemuda ‘hadiahkan’ abang gelang silver pengajaran paling halus - “Jangan harap kau dapat meja tu!”ARTIKEL BERKAITAN: Wanita disimbah air sirap bandung di medan selera, dituduh curang dengan kawan sendiri! - “Kau tiada jantan lain?”Dia berpendapat pelanggan sepatutnya menunggu di luar sehingga dipanggil oleh kakitangan restoran untuk mengelakkan situasi yang tidak selesa."Dia terus berdiri di antara meja aku dengan meja sebelah. Paling menyirap dia yang bertongkat siap letak barang dengan tangan dia atas meja kami untuk cop tempat tu. "Memang tak ada adab ya orang tengah makan. Walaupun aku dah habis makan tapi makanan ada lagi dalam mulut tau. Tua tak tua... daripada awal mereka masuk pun dah nampak tak beradab," katanya.Dalam masa sama, wanita itu turut meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan kakitangan restoran yang didakwa terlalu terburu-buru mengemas meja walaupun mereka sekeluarga belum selesai makan sepenuhnya."Boleh tak staf jangan cepat sangat nak kemas meja? Aku tengah pegang makanan, dia dah sibuk nak angkat pinggan. Dah macam nak halau kami balik cepat-cepat," katanya.Wanita dakwa dua beranak 'cop' meja ketika mereka sekeluarga masih makan.Dia turut kesal staf restoran mengemas meja sebelum mereka selesai menjamu selera.Menurutnya, pelanggan perlu menunggu giliran sebelum memasuki restoran.Perkongsian itu mencetuskan perbincangan mengenai adab ketika menunggu meja.Netizen menyifatkan tindakan berkenaan sebagai tidak beradab dan tidak sabar.Ringkasan ini dijana oleh AIJelasnya, dia sekeluarga bukanlah jenis pelanggan yang gemar duduk lama di meja selepas makan, namun sikap tidak sabar segelintir individu serta cara layanan pekerja restoran benar-benar menguji kesabaran.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang turut mengakui kurang senang jika berdepan dengan situasi tersebut."Pernah kena macam ni tapi masa tu juga aku tambah pesanan walaupun perut kenyang. Nak cepat sangat kan, lagi lama la kau tunggu."Biadabnya, tak reti nak bersabar ke," komen warga maya.