suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu berhenti doa kesejahteraan cikgu, masih ‘dendam’ anak kena marah bawa kek ke sekolah - “Kenapa izin kalau menyusahkan?”

Sambutan hari lahir tidak dibenarkan di sesetengah sekolah. -Gambar hiasan AI

MENYAMBUT hari lahir bersama rakan sekelas pastinya menjadi antara kenangan paling indah buat kanak-kanak.

Namun, kenangan yang sepatutnya menggembirakan itu bertukar menjadi pengalaman yang sukar dilupakan buat seorang murid Tahun Satu.

Menurut si ibu, dia terkejut apabila mengetahui punca wajah anaknya kelihatan begitu sedih di dalam gambar, sedangkan sambutan itu diadakan selepas mendapat kebenaran daripada guru kelas.

Kanak-kanak golongan paling gembira setiap kali menyambut hari lahir. -Gambar hiasan AI

Kanak-kanak golongan paling gembira setiap kali menyambut hari lahir. -Gambar hiasan AI

"Anak nak sangat sambut sebab kawan-kawan lain ramai yang buat majlis dekat sekolah juga. Minta izin guru kelas, dia benarkan.

"Saya bawa kek, goodies, tisu, pinggan, plastik, sudu untuk mudahkan cikgu dengan sambutan diuruskan guru kelas dan pembantunya," kongsi wanita tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rela bermasam muka dengan keluarga, tak izinkan sepupu tumpang sambut hari lahir anak di majlis sanding

ARTIKEL BERKAITAN: Pahitnya nasib menantu... Rumah dibuat macam ‘event space’, keluarga suami angkat kaki lepas sambut hari lahir mentua!

Bagaimanapun, rasa pelik mula timbul apabila dia melihat reaksi wajah anaknya dalam kepingan foto yang dikirimkan oleh guru terbabit.

"Tanya anak kenapa muka sedih je dalam gambar jawabnya... cikgu marah-marah cakap kenapa sambut dekat sekolah bawa kek ni, menyusahkan saya.

"Sebagai ibu, hati ni sangat-sangat sedih tengok muka anak dalam gambar tu. Kenapa izinkan sambut di kelas kalau menyusahkan?," luahnya.

  • Seorang ibu kecewa apabila anaknya pulang dalam keadaan sedih selepas sambutan hari lahir di sekolah.
  • Sambutan itu diadakan selepas mendapat kebenaran daripada guru kelas.
  • Anak mendakwa dimarahi guru kerana membawa kek dan sambutan dianggap menyusahkan.
  • Wanita itu berkata dia lebih rela permintaannya ditolak jika benar membebankan guru.
  • Kejadian itu masih meninggalkan kesan kepada ibu berkenaan walaupun sudah dua bulan berlalu.

Wanita itu mengakui memahami tugas guru yang sememangnya sibuk, namun berpendapat lebih baik permintaannya ditolak lebih awal.

"Saya faham tugas cikgu sangat lah sibuk, tapi boleh menolak jika keberatan dan menyusahkan. Saya boleh faham.  

"Dah dua bulan berlalu, kejadian tu masih terpahat dekat hati. Sejak hari tu, saya tidak lagi doakan kesejahteraan guru tersebut dalam doa saya," katanya.

Artikel Lain