suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lupa kes tipu tarikh MC belum selesai, bekas pekerja ada hati ugut majikan lambat bayar gaji

Pekerja yang berdepan isu atau masalah perlu mendapatkan penjelasan daripada majikan. -Gambar hiasan AI

CABARAN yang dihadapi seorang majikan bukan sekadar memastikan operasi syarikat berjalan lancar, malah turut melibatkan pelbagai kerenah pekerja yang kadangkala menguji kesabaran.

Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang individu mendedahkan tangkap layar perbualan WhatsApp bekas pekerjanya yang mengugut untuk mengambil tindakan lantaran lambat menerima gaji.

"Salam akak, bila gaji saya akan masuk? Family saya kata kalau minggu ni tak masuk, kami akan buat report. Maaf ya kak, sebab macam lama sangat," demikian mesej yang ditulis pekerjanya, sebagaimana tangkap layar yang dikongsikan.

Setiap pekerja perlu mematuhi peraturan syarikat. -Gambar hiasan AI

Menurut individu itu, dia sebagai majikan mempunyai penjelasan tersendiri berhubung isu kelewatan pembayaran gaji tersebut.

Tidak gentar dengan ugutan berkenaan, dia tampil mendedahkan perangai sebenar bekas pekerjanya itu sepanjang berkhidmat di syarikatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Perangai acah CEO rakan sekerja buat ramai meluat, suka kawal semua benda dekat pejabat... Makan dekat pantri pun kena soal!

ARTIKEL BERKAITAN: Staf pemalas bagi alasan hujan, lupa bos tahu tempat kerja dekat rumah... Matahari dah keluar tetap menipu nak cuti!

"Lupa ke awak berhenti atas sebab awak tukar tarikh MC? Berani awak nak ugut company ya?

"Ya, kami menahan gajinya atas sebab kami kena kira manual. Dia short notice (notis singkat berhenti kerja), masih di bawah probation dan terlebih pakai AL (cuti tahunan). 

"Seperti yang sudah kami beritahu dia, gajinya akan dibayar sebelum 7 haribulan. Awak buat salah, awak berani lagi nak ugut company macam ni? Budak sekarang punya perangai... sabar saja la," kongsinya dalam hantaran berkenaan.

  • Seorang individu mendedahkan kisah bekas pekerjanya yang bermasalah.
  • Bekas pekerja itu didakwa mengugut mahu membuat laporan jika gaji masih belum diterima.
  • Majikan menjelaskan kelewatan berlaku kerana perlu membuat kiraan gaji akhir secara manual.
  • Bekas pekerja itu didakwa berhenti kerja secara mengejut, menukar tarikh MC dan terlebih guna cuti tahunan.
  • Warga maya menyokong majikan serta berkongsi pengalaman berdepan pekerja bermasalah.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya menyokong tindakan individu berkenaan lebih-lebih lagi apabila melibatkan kepentingan syarikat. 

Malah, ada yang berkongsi pengalaman hampir sama apabila berdepan kerenah pekerja yang mempunyai masalah disiplin.

"Dulu ada staf tempat kerja saya mengamuk gaji kena hold. HR (sumber manusia) tahan gaji dia sebab dia rosakkan barang-barang dalam pejabat masa hari terakhir dia kerja. Akhirnya kena angkut polis. 

"Dia tak tahu ke tipu MC boleh kena dakwa di mahkamah, boleh jadi kes jenayah 

"Balas balik kak, kalau saya yang buat report macam mana? Atas alasan tipu MC," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain