Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, ramai pelajar memilih berjimat cermat demi memastikan keperluan sepanjang pengajian dapat dipenuhi. -Gambar hiasan AI
KEHIDUPAN sebagai mahasiswa penuh dengan cabaran termasuk perlu bijak mengawal perbelanjaan dengan berjimat-cermat.Ramai memilih 'mengikat perut' kerana perlu membayar yuran pengajian, sewa rumah, kos pengangkutan serta makan minum bagi memastikan wang saku mencukupi sehingga penghujung semester. Di Threads, seorang individu berkongsi kisah mengenai seorang rakan sebiliknya yang terlalu berjimat-cermat dalam soal makan minum sehingga membuatkan dia menyangka dia berdepan masalah kewangan.Fasa bergelar mahasiswa mengajar ramai pelajar tentang erti berdikari, termasuk mengurus kewangan dengan penuh berhemah. -Gambar hiasan AI"Masa di universiti dulu aku ada roommate. Aku kesian dengan dia sebab dia selalu makan nasi bujang. Serius aku kesian. "Dalam gobok (almari) dia banyak mi segera. Stok dia makan bila dia tak pergi makan di kafe," tulisnya.Disebabkan kasihan, dia mengajak rakannya itu keluar dan berhasrat untuk belanja makan tengah hari.ARTIKEL BERKAITAN: Mak-mak bangga sedia bekal ke sekolah, konon didik erti berjimat... Tak sedar anak ‘sakau’ duit kawan nak beli jajanARTIKEL BERKAITAN: Malang dapat rakan serumah kedekut, TV tak bagi tengok... mulut pun boleh tahan! - “Andai dapat kerja pangkat lebih tinggi, aku takkan berkira sedemikian rupa”Ketika dalam perjalanan, mereka juga sempat singgah ke bank untuk mengeluarkan wang tunai dan membuatnya terkejut."Dulu tak ada QR atau tap mesin. Masa dia keluar duit, dia tunjuk (baki) duit dia. Dia risau sangat tak cukup nak makan lepas ni," tulisnya.Ternyata apa dilihatnya cukup membuatkan dia terpana kerana sangkaannya selama ini meleset sama sekali."Aku terkejut gila. Macam-macam perasaan, Sedih, terkejut, tergamam dan sebagainya."Duit dia jauh lagi banyak daripada duit aku dalam bank masa itu tapi gaya dia berjimat macam tinggal RM10," ceritanya.Seorang individu berkongsi kisah rakan sebiliknya yang terlalu berjimat ketika bergelar mahasiswa.Rakannya sering makan nasi bujang dan menyimpan stok mi segera untuk berjimat.Dia menyangka rakannya itu mengalami masalah kewangan lalu mengajaknya makan dan belanja.Namun, dia terkejut apabila mendapati simpanan rakannya jauh lebih banyak daripadanya.Kisah itu membuka mata bahawa tidak semua yang berjimat hidup susah, ada yang cuma berhati-hati berbelanja.Ringkasan ini dijana oleh AIMengulas lanjut, individu berkenaan berkata pengalaman itu membuka matanya bahawa tidak semua ornag yang berjimat hidup dalam kesempitan.Sebaliknya ada yang memilih untuk mengawal perbelanjaan kerana terlalu sayang untuk menggunakan wang simpanan."Betul apa ustaz aku kata, duit bila kita kumpul, jadi berat untuk kita keluarkan. Kita risau duit habis."Tapi aku ingat pesan ibu, bab makan jangan sesekali berkira," akhirnya.