suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Master kau level ijazah je!” - Wanita dihina, rakan sepengajian ‘downgrade’ usaha sambung belajar program kerja kursus

Menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi bukan sekadar memerlukan pengorbanan, malah sokongan daripada orang sekeliling. -Gambar hiasan AI

LUMRAH dalam kehidupan apabila ada segelintir individu yang gemar membandingkan pencapaian diri dengan orang lain, termasuk dalam soal pendidikan.

Situasi itu turut dilalui seorang penuntut peringkat sarjana (master) yang berdepan dengan sikap toksik rakan sepengajiannya sendiri.

Menerusi hantaran di Threads, individu itu berkongsi kisah seorang rakan wanitanya yang gemar memandang rendah pilihan mod pengajian yang diambilnya.

"Kawan aku ni dia ambil master juga, tapi mod dengan aku beza. Dia research (kajian), aku pula coursework (kerja kursus). 

"Tapi tak tahulah kenapa, tiap kali kami jumpa, dia mesti cuba nak tunjukkan dia lebih bagus daripada aku," tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi merupakan antara pencapaian yang paling membanggakan dalam kehidupan seseorang. -Gambar hiasan AI

Menurut individu itu, rakannya sering membandingkan mod pengajian mereka seolah-olah pilihan yang dibuatnya lebih mudah dan tidak memerlukan komitmen serta usaha yang tinggi.

"Tiap kali mesti cakap, kau tak tahu susahnya ambil research, kau master level-level degree je... master kau tak sesusah aku,"katanya.

Tidak cukup dengan itu, individu tersebut turut mendakwa rakannya mempersoalkan peluang kerjaya yang bakal diterimanya selepas tamat pengajian.

ARTIKEL BERKAITAN: Masuk perangkap sendiri, lelaki ini ajar wanita berlagak diva masa ‘blind date’... Modus operandi ‘touch up’ di tandas gagal!

ARTIKEL BERKAITAN: Ingat nak kawan, rupanya ‘hamak’ makan percuma! Pemuda ralat kenalan Snapchat sekat nombor telefon lepas ajak ‘split bill’

"Tambah lagi siap cakap, master kau coursework, dalam bidang pendidikan pun nanti IPTA atau IPTS tak pandang nak ambil jadi lecturer.

"Pelik-pelik saja ada kawan macam ni. Dia ingat aku dekat coursework tu tak belajar dissertation (tesis atau kajian akademik) ke? Tak tahulah kenapa nak rendah-rendahkan master coursework," tulisnya.

Sikap rakannya itu nyata mengundang rasa jengkel kerana baginya, mana-mana mod pengajian sekalipun tetap menuntut usaha gigih dan pengorbanan yang bukan sedikit demi segulung ijazah.

  • Seorang individu berkongsi kisah rakannya yang turut melanjutkan pengajian di peringkat sarjana tetapi memilih mod berbeza.
  • Rakannya didakwa sering membandingkan mod penyelidikan dengan mod kerja kursus.
  • Dia mendakwa rakannya menganggap pengajian mod kerja kursus lebih mudah dan kurang mencabar.
  • Rakannya turut mempersoalkan peluang kerjaya selepas tamat pengajian, termasuk untuk menjadi pensyarah.
  • Warga maya menyarankan individu itu supaya tidak mengambil pusing dan terus fokus kepada pengajiannya.

"Dah ambil master dah... tapi pemikiran masih juga level macam tu," katanya.

Di ruangan komen, perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya.

Ada yang berpendapat setiap mod pengajian mempunyai cabaran dan keperluan tersendiri, justeru tidak wajar untuk seseorang merendahkan pilihan yang dibuat oleh orang lain.

Dalam pada itu, ada yang menyarankan individu tersebut supaya tidak mengambil pusing dengan kata-kata rakannya dan terus memberi tumpuan kepada pengajian yang sedang ditempuhi.

Artikel Lain