suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terkinja-kinja macam di taman permainan! Wanita sakit hati dapat tetamu ‘tiada otak’, suruh anak-anak main dalam bilik

Membiarkan anak-anak bermain di rumah orang tanpa kawalan adalah tindakan tidak beradab. -Gambar hiasan AI

MENERIMA kunjungan tetamu terutama yang membawa anak-anak kecil bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi apabila si cilik dibiarkan bergerak bebas dan bermain di seluruh sudut rumah.

Seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila berdepan situasi sedemikian selepas anak tetamunya dibiarkan bermain di dalam bilik tidur peribadinya bersama suami.

Menurut wanita berkenaan, dia sama sekali tidak berkeberatan sekiranya tetamu mahu menggunakan bilik air atau meminta ruang untuk menunaikan solat.

Bagaimanapun, dia mengakui kurang selesa apabila bilik utamanya dijadikan 'taman permainan'.

Ibu bapa perlu mengawal anak-anak bila berkunjung ke rumah sanak saudara. -Gambar hiasan AI

Ibu bapa perlu mengawal anak-anak bila berkunjung ke rumah sanak saudara. -Gambar hiasan AI

“Normal ke tetamu datang rumah kita, biarkan saja anak mereka main dalam bilik tidur kita? Lompat, baring atas katil.

“Ibu bapa mereka tak melarang langsung, hanya diam dan biarkan. Kita pula tak berani nak tegur sebab takut ibu bapa mereka terasa,” luahnya.

Tambah pengadu, dia sebenarnya enggan mengunci pintu bilik kerana rumahnya kecil dan ada tetamu yang perlu menggunakan tandas atau menumpang solat.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri menyesal jemput kawan anak main PS5! Rumah jadi ‘port’ lepak, paling panas hati siap bawa ‘geng’ tanpa diundang

ARTIKEL BERKAITAN: Jahanam TV! Lelaki geram anak tetamu tiada adab, mak ayah 'sporting' tak bertempat - "Biar la budak-budak"

“Saya dah banyak kali tutup pintu, tetapi mereka buka macam rumah sendiri.

“Kadang-kadang saya panggil dan ajak tengok televisyen di luar, tetapi budak-budak itu dan ibu bapa mereka buat tidak tahu,” katanya.

Mengakui rasa serba salah untuk bertegas demi menjaga hubungan baik, wanita tersebut tidak dapat menahan rasa geram dengan sikap acuh tak acuh ibu bapa kanak-kanak terbabit.

“Ada yang siap suruh anak pergi tengok kawan-kawan main apa dalam bilik.

“Saya harap kita semua yang ada anak, anak saudara atau sepupu, tolong ajarkan mereka adab ketika menjadi tetamu.

“Tuan rumah kadang-kadang tak berani nak tegur sebab takut nanti jadi masam muka,” katanya.

  • Anak tetamu bebas bermain dalam bilik tidur wanita terbabit.
  • Kanak-kanak turut melompat dan baring di atas katil.
  • Wanita serba salah menegur kerana takut ibu bapa terasa.
  • Pintu bilik ditutup tetapi dibuka semula oleh anak tetamu.
  • Netizen turut berkongsi pengalaman sama.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang mengakui ramai ibu bapa seolah-olah lepas tangan apabila bertandang hingga merosakkan barangan tuan rumah.

"Pernah jadi macam ni, selamba je anak tetamu guna tandas dalam bilik kami suami isteri. Sedangkan ada je bilik air dekat luar, nak juga masuk bilik tidur.

"Lain kali kena bertegas. Kadang-kadang mak ayah ni jenis main lepas je," komen warga maya.

Artikel Lain