BAGI kebanyakan pelanggan, kehadiran pengemis atau peniaga warga asing di dalam restoran boleh menjadi satu situasi kurang menyenangkan.Dakwa seorang pemuda, dia juga pernah berdepan pengalaman buruk ketika berhadapan dengan seorang wanita warga Rohingya yang menjual surah Yasin. Dalam satu hantaran tular, pengadu mendakwa dikasari oleh wanita Rohingya itu gara-gara kerana enggan membeli surah Yasin yang dijual. Kehadiran pengemis dan peniaga boleh mengganggu pelanggan yang sedang makan. -Gambar hiasan AI"Masa tu tengah duduk makan tengah hari dengan kawan-kawan pejabat di sebuah restoran. Seorang perempuan Rohingya datang jual surah Yasin."Cakap tak nak. Dia baling Yasin itu dekat muka waktu tengah makan. Nak marah, nanti nampak macam buli perempuan pula."Buat tak tahu je la walaupun sakit hati. Dia ambil Yasin tu dan pukul belakang aku sebelum lari," tulis pemuda itu.Seorang individu mendakwa dikasari wanita Rohingya ketika makan di sebuah restoran.Dia mendakwa dibaling surah Yasin gara-gara enggan membeli barang jualan wanita itu.Pemuda itu berkata dia tidak membalas balik kerana enggan mengasari wanita.Ramai netizen tinggalkan komen minta rakyat Malaysia tidak berlembut dengan warga asing.Ringkasan ini dijana oleh AIDia bagaimanapun tidak berkongsi lanjut tentang masa serta lokasi kejadian berkenaan.Perkongsian itu dibuat menerusi aplikasi Threads sehingga ia mengundang ratusan komen netizen.Rata-rata netizen meluahkan rasa bengang dan meminta orang ramai tidak terlalu berlembut dengan warga asing yang membuat onar di negara ini.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terseksa satu bas dengan 40 lelaki Rohingya, bau ‘bangkai’ menusuk hidung - “Dari Pasir Putih sampai Machang aku tak bernafas”ARTIKEL BERKAITAN: Minta sedekah dalam kedai, remaja Rohingya kena ‘hayun’ selepas usik makanan pelanggan - “Aku dah la tengah period”"Sabtu lepas saya halau seorang wanita Rohingya bawa anak, dia minta sedekah di kaki lima kedai. Ini kali kedua saya buat macam tu."Berlembut sangat. Kalau dah baling-baling dengan aku, memang kena pelempang sedas. Perempuan atau budak, kalau dah kurang ajar, memang kena bagi pengajaran."Kalau cara saya, cara paling sopan saya akan tuang air atas kepala, bagi dia terkejut sikit. Baru dia tahu," tulis beberapa netizen.