Vendor mahu pun tetamu tidak wajar mempertikaikan lagu permintaan daripada pengantin. -Gambar hiasan AI
BOLEH dikatakan hampir semua majlis perkahwinan menggunakan khidmat pengacara majlis (emcee) bagi memastikan perjalanan acara berjalan lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan.Ini termasuk pemilihan lagu yang biasanya dibuat oleh pasangan mempelai bagi memeriahkan acara yang berlangsung. Bagaimanapun seorang pengacara majlis berkongsi pengamalam ditegur seorang vendor makanan yang tiba-tiba mempersoalkan pemilihan lagu yang dimainkan.Aktiviti karaoke boleh mendatangkan rasa tidak selesa dalam kalangan tetamu. -Gambar hiasan AI“Maaf makcik, saya selaku emcee sudah bincang awal dengan pengantin. Dari segala sudut termasuk pemilihan lagu, saya akan ikut kehendak klien.“Pengantin pesan tak mahu satu pun lagu lama atau lagu zaman pengantin terdahulu. Mereka hanya mahu lagu dalam senarai yang diberikan, jadi saya hanya ikut arahan,” katanya.Pengacara itu turut mempersoalkan tindakan wanita tersebut yang didakwa memarahinya kerana tidak memainkan lagu-lagu lama yang pernah popular pada zaman dahulu. ARTIKEL BERKAITAN: Lagu ‘penjajah’ juga nak pasang! Bapa saudara pengantin marah ‘emcee’, suruh cari muzik mesra orang kampungARTIKEL BERKAITAN: [V] Nak pergi majlis kahwin, tapi tersilap ‘terjah’ rumah buat kenduri arwah... Wanita segera minta maaf, reaksi tuan rumah memang tak disangka!“Kalau keluarga pengantin, saya boleh faham. Ini datang sebagai vendor yang dibayar untuk menyediakan makanan, tetapi sibuk pula mengenai lagu sampai menyindir.“Saya pun pernah kendalikan majlis yang semua lagunya lagu lama dan tiada satu pun lagu baharu kerana itu memang kehendak pengantin. Saya dibayar untuk memastikan client berpuas hati,” jelasnya.Menurutnya, lagu-lagu perkahwinan klasik sememangnya boleh dimainkan sekiranya pasangan pengantin tidak mempunyai sebarang pilihan khusus.“Kalau pengantin jenis tak kisah mengenai lagu, boleh saja mainkan lagu lama. Tetapi kalau pengantin sudah ada kehendak sendiri, kita kena utamakan,” katanya.Emcee ditegur vendor kerana lagu majlis.Lagu dipilih berdasarkan kehendak pengantin.Pengantin tidak mahu lagu-lagu lama.Emcee tegaskan perlu hormat pilihan klien.Netizen turut kongsi pengalaman sama.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu menarik perhatian netizen dengan masing-masing mengakui pemilihan lagu sentiasa menjadi pertikaian tetamu pada majlis perkahwinan."Saya pun pernah macam ni kita pasang ikut kehendak pelanggang, bengang betul makcik tu dengar lagu saya mainkan lepas tu dia tengking ntah apa-apa lagu."Minggu lepas pergi kenduri, datang pakcik-pakcik karaoke lagu rock kapak. Lagi kesian pengantin," komen warga maya.