suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kekasih duda tak mampu beri kepastian, terbeban komitmen dan nafkah anak... Wanita 30-an pilih angkat kaki

Bercinta dengan individu yang pernah berkahwin dan sudah mempunyai anak sememangnya mempunyai cabaran. -Gambar hiasan AI (kanan).

SETIAP hubungan pasti ada ujiannya, namun cabaran mungkin terasa lebih berat apabila percintaan melibatkan pasangan yang pernah berkahwin dan sudah mempunyai anak.

Selain soal hati, komitmen pasangan terhadap anak-anak, kewangan serta perancangan masa depan juga perlu difikirkan sebelum hubungan dibawa ke fasa lebih serius.

Situasi itu menyebabkan seorang wanita berusia mula berbelah bahagi untuk meneruskan hubungan dengan kekasihnya yang merupakan duda anak dua.

Menurut wanita itu, kekasihnya masih belum bersedia untuk berkahwin kerana keadaan kewangan yang belum stabil.

Pasangan yang bakal berkahwin perlu berbincang dari segenap aspek untuk mengelakkan timbulnya masalah di kemudian hari. -Gambar hiasan AI

"Dia duda anak dua. Lepas settle mahkamah, tuntutan nafkah anak dia dipersetujui tanpa bantahan. Malas nak panjang cerita katanya. 

"Tapi dia mengadu dekat aku, gaji dia lepas tolak komitmen kereta, bilik dia dan lain-lain, yang tinggal memang ngam-ngam nafkah untuk anak-anak dia. Kalau nak ada duit lebih pun dia kena overtime (OT) teruk setiap bulan," kongsinya menerusi satu hantaran di Threads. 

Tidak hanya masalah kewangan, situasi dengan bekas pasangan juga ada kalanya membuatkan emosi kekasihnya terganggu yang akhirnya turut melibatkan hubungan mereka.  

"Bila dia ditekan ex-wife, dia jadi moody dan tiba-tiba diam dengan aku. Emosi dia tu bawa dekat aku. Aku yang tak ada salah pun kadang-kadang terpalit," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau duda tu baik, takkan bercerai?” - Wanita beri amaran, tak suka orang asing datang selidik latar belakang bekas suami

ARTIKEL BERKAITAN: Kesal kahwin duda! Suami paksa bayar pengasuh, jaga sepenuhnya 3 anak tiri... Ugut jika berhenti kerja

Walaupun begitu, wanita itu berkata dia masih cuba memahami keadaan kekasihnya dan tidak kisah untuk melalui susah senang bersama.

Namun, dia mula memikirkan masa depan kerana lelaki tersebut masih belum mampu memberikan kepastian, sedangkan dirinya juga mempunyai impian dalam sesebuah perkahwinan.

"Aku ni dah 30-an, aku pun ada target. Sekarang kami hubungan jarak jauh (LDR). Dia tak nak jauh dengan anak-anak dia. Aku kahwin mestilah nak ada suami di sisi.

"Aku pernah bina impian nak hidup lebih bahagia. Akulah isteri yang sambut dia setiap hari bila balik kerja. Akulah umi yang sayang anak-anak dia dan anak-anak kami nanti.

"Tapi dia? Masih di tempat yang sama. Adakah aku yang kejam kalau aku putuskan hubungan ini?" soalnya.

  • Seorang wanita terlintas untuk memutuskan hubungan percintaan dengan kekasih yang merupakan duda anak dua.
  • Kekasihnya masih belum bersedia untuk berkahwin kerana keadaan kewangan yang belum stabil.
  • Pendapatan kekasihnya cukup untuk bayar komitmen dan nafkah anak-anak saja.
  • Wanita itu dilema kerana dia juga mempunyai impian dalam sesebuah perkahwinan.
  • Netizen sarankan supaya dia menilai kembali hubungan sebelum buat keputusan.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya memahami situasi dialami wanita berkenaan dan menyarankan supaya dia menilai kembali hubungan mereka sebelum membuat sesuatu keputusan.

"Obviously dia memang tak mampu. Baik dia selesaikan anak-anak dia tu sampai dia mampu handle tanggungjawab dia.

"Nasihat saya, mungkin tak payah teruskan. Nanti jadi rebound wife.

"Makin besar anak-anak, makin banyak belanja. Sekarang pun dia mampu sewa bilik je. Sah-sah awak yang kena cover sewa rumah nanti," demikian antara pandangan netizen. 

Artikel Lain