Setiap individu mempunyai kriteria masing-masing dalam mencari pasangan, termasuklah mempunyai pegangan agama yang kuat. -Gambar hiasan AI
SETIAP individu pasti mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan hidup.Ada mementingkan personaliti yang ditonjolkan selain keserasian, kestabilan kewangan, kematangan malah ada juga meletakkan pegangan agama sebagai keutamaan dalam mencari jodoh. Namun bagi seorang wanita ini, dia berasa jengkel apabila lelaki yang sedang dikenalinya kerap mengingatkannya untuk menunaikan solat.Katanya, dia merasakan tindakan lelaki tersebut hanya sekadar untuk menunjuk-nunjuk dan mempamerkan dirinya sebagai alim dan taat pada agama.Solat berjemaah sangat digalakkan dan lebih afdal dilakukan di masjid. -Gambar hiasan"Dia mungkin nak test aku solat ke tidak. Jadi pagi-pagi dia text, suruh bangun solat Subuh. (Bila) tak reply, dia kata aku 'membuta'. Tapi dia punya 'kejut' pun dah 6.40 pagi."Aku tak berapa suka sebab solat itu benda paling basic sebagai Muslim dan aku anggap semua orang solat."Aku tak suka juga pagi-pagi seawal Subuh tu dah nak kena text," tulisnya menerusi satu hantaran di Threads. ARTIKEL BERKAITAN: Suami mengadu isteri malas solat Subuh, dah cuba macam-macam cara tapi gagal... Takut jatuh dayusARTIKEL BERKAITAN: Rakan sekerja dakwa 80 peratus staf lelaki tak solat, hari Jumaat sembunyi dalam gudang!Jelasnya lagi, pada usia sudah menghampiri 40 tahun, dia tidak lagi berminat dengan lelaki yang cuba memikat hatinya dengan menonjolkan sisi keagamaan secara berlebihan."Aku ni dah hujung 30-an tau. Aku tak minat lelaki nak impress aku dengan dia terpaling solat, terpaling pergi masjid, dengar talk."Sebab benda-benda tu pada aku memang basic dan memang tempat solat lelaki seharusnya dekat masjid. Kalau tak solat dekat masjid tapi masih jaga solat pun still okay," menurutnyaDalam pada itu, dia turut meluahkan rasa hairan dengan jejaka yang kononnya terlalu menekankan soal agama namun pada masa sama lebih banyak menghabiskan masa bersembang dengan pasangan belum sah. Seorang wanita mengakui jengkel apabila jejaka yang sedang dikenalinya kerap ingatkan untuk solat.Dia menganggap solat merupakan perkara asas bagi setiap Muslim.Wanita itu berkata, dia tidak berminat dengan lelaki yang cuba menonjolkan sisi keagamaan untuk menarik perhatiannya.Namun dia menganggap lelaki itu sekadar mahu menguji dirinya.Netizen berpandangan mungkin lelaki itu hanya prihatin, namun ada juga yang bersetuju denga wanita berkenaan. Ringkasan ini dijana oleh AI"Entahlah, sebab kalau bab solat terpaling jaga pun tapi asyik nak borak je dengan aku macam tak kena jugak kan?" luahnya lagi.Perkongsian wanita berkenaan bagaimanapun membuka ruang kepada pelbagai perspektif mengenai cara seseorang berkongsi mengenai nilai agama ketika sedang mengenali bakal pasangan.Bagi sesetengah netizen, mengingatkan pasangan mengenai solat mungkin dilihat sebagai tanda prihatin. Namun, ada juga yang lebih selesa menganggap soal ibadah sebagai tanggungjawab peribadi yang tidak perlu dijadikan ukuran untuk memikat hati seseorang.