BAU minyak wangi adalah perkara subjektif kerana haruman yang dianggap menyenangkan mungkin boleh menggangu orang lain.Seorang lelaki meraih perhatian apabila berkongsi pandangan mengenai penggunaan minyak wangi tertentu yang tidak sesuai untuk persekitaran tempat kerja. Dalam hantaran itu, dia memberi cadangan agar syarikat memperkenalkan 'kod minyak wangi' bagi mengelakkan penggunaan haruman yang boleh menggangu persekitaran serta keselesaan pekerja.Keharmonian tempat kerja boleh terganggu dek kehadiran bau-bau kurang menyenangkan. -Gambar hiasan AI"Syarikat kena buat 'perfume code' dan tolong haramkan minyak wangi oud. Tak faham apa yang wangi? Bau sama macam jiran Afrika aku."Sumpah pening bila (pengguna minyak wangi oud) datang ke department aku. Tak pastilah oud jenis apa dia pakai."Tapi baunya memang tengik. Bukan bau oud orang Arab tapi bau macam Afrika," luah lelaki itu.Lelaki kongsi pendapatnya tentang penggunaan minyak wangi oud.Dia berkata minyak wangi jenis itu tidak sesuai untuk dipakai di tempat kerja.Dia mengadu tentang seorang individu yang berbau tengik di pejabatnya.Lelaki itu beri saranan agar syarikat wujudkan garis panduan penggunaan minyak wangi.Ringkasan ini dijana oleh AIMinyak wangi oud ialah wangian berasaskan pati kayu gaharu, terkenal dengan aroma pekat, kuat dan tahan lama sehingga baunya mudah memenuhi sesuatu ruang.Hantaran berkenaan turut mengundang pelbagai pandangan netizen di aplikasi Threads."Sebelum ini, tempat kerja saya memang ada kod minyak wangi tapi tak adalah spesifik dinyatakan bau perlu dielakkan. Kalau nak pakai bauan yang kuat, kena berpada-pada bila sembur.ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh suami kena ganti RM1,080 sebab ‘tester’ minyak wangi pecah... Peguam ulas maksud notis ‘once broken, considered sold’ARTIKEL BERKAITAN: Sakan borong minyak wangi luar negara bawa padah... Wanita kongsi detik cemas beg kena tahan kastam!"Setuju sebab tak semua minyak wangi sesuai untuk kegunaan indoor, terutamanya jenis bau kuat seperti oud."Patut kaji dulu jenis bau sebelum beli. Kena bertimbang rasa dengan orang sekeliling."Saya pula lebih rela hidu bau oud daripada terpaksa bau bawang, rempat ratus dan ketumbar yang terkepit di ketiak seseorang," tulis netizen lagi.