Sikap pekerja yang mementingkan diri dengan kerap mengambil cuti boleh membebankan rakan sekerja. -Gambar hiasan AI
KECOH di media sosial ketika ini mengenai topik pekerja wanita yang sudah mempunyai anak dan kerap mengambil cuti sehingga memberi kesan kepada rakan sepejabat dan terpaksa menanggung tugasan ditinggalkan.Warga maya tampil dengan hujah dan justifikasi masing-masing sehingga mengundang perdebatan hangat mengenai isu tersebut. Bagi sesetengah pekerja yang masih bujang, tidak mudah untuk bersuara apabila berdepan situasi itu kerana bimbang dianggap tidak memahami situasi mereka.Namun seorang wanita tampil berkongsi pengalaman dilalui selepas hampir dua tahun berdepan situasi sedemikian di tempat kerja."Jabatan aku ada dua orang. Aku dan front desk. Kalau front desk cuti, aku kena ganti. Dia dengan aku okay je dan dia selalu sangat cuti sebab anak."Aku faham sebab suami dia bawa bas jadi waktu kerjanya panjang," tulisnya dalam satu hantaran di Threads.Sesetengah majikan membenarkan pekerjanya bekerja dari rumah sekiranya mempunyai urusan tertentu. -Gambar hiasanNamun, keadaan mula membebankan setiap kali tiba musim perayaan atau cuti umum apabila rakannya sering mengambil cuti yang panjang untuk pulang ke kampung."Dia orang Pantai Timur, jadi fahamlah Aidiladha dia meriah. Tapi Aidilfitri pun dia tapau. "Kalau public holiday jatuh pada Rabu atau Khamis, dia akan apply Isnin atau Selasa dan Jumaat sebab balik kampung belah dia dan suami dia."Dia akan EL (cuti kecemasan) atau MC (cuti sakit) Khamis dan Jumaat minggu sebelumnya."Kadang-kadang Isnin depan EL lagi... Alasannya, emak pengasuh sakit, anak sakit," luahnya. ARTIKEL BERKAITAN: Sampai rebah diserang strok baru nak percaya! Rakan sekerja asyik pertikai cuti sakit orang akhirnya menyesal tak sudahARTIKEL BERKAITAN: Doktor kena ugut dilapor ke SISPAA, ibu murid tadika bengang tak dapat MC nak jaga anak demam - “Dia kata aku kejam”Wanita itu berkata, keadaan berkenaan berulang sehingga menyebabkan banyak tugasan rakan sekerjanya terpaksa diselesaikan olehnya."Dua tahun aku kena hadap dia. Dia EL, tinggal macam itu sahaja meja bersepah dan kerja separuh jalan aku kena siapkan. Akak bujang tak apa."Aku fikir nanti orang akan cakap selfish, tak fikir orang. Tapi orang fikir aku tak? Aku mungkin bukan seorang ibu tapi aku ada ibu," kongsinya lagi.Tambahnya, dia tidak pernah mengadu kepada majikan mengenai keadaan tersebut kerana tidak mahu memburukkan rakan sekerjanya.Bagaimanapun, situasi itu akhirnya disedari sendiri oleh majikan apabila tugasan yang sepatutnya disiapkan olehnya turut tergendala."Hari yang dia EL MC itu sepatutnya aku clear kerja aku, jadi bila dia cuti, kita memang kena buat kerja dia," luahnya lagi. Seorang wanita berkongsi pengalaman terpaksa menanggung tugasan rakan sekerja yang kerap mengambil cuti kerana anak.Situasi itu berlarutan hampir dua tahun, terutama ketika musim perayaan dan cuti umum.Dia tidak pernah mengadu kepada majikan kerana tidak mahu memburukkan rakan sekerjanya.Majikan akhirnya menyedari masalah tersebut apabila tugasan turut tergendala akibat cuti berulang.Netizen bersetuju bahawa pekerja bujang juga perlu difahami dan tidak sepatutnya sentiasa dibebankan dengan kerja orang lain.Ringkasan ini dijana oleh AIBagi wanita tersebut, dia tidak mempertikaikan hak rakan sekerjanya untuk bercuti demi anak dan keluarga. Namun pada masa sama, dia berharap situasinya sebagai pekerja bujang turut difahami dan tidak dianggap sebagai individu yang sentiasa boleh berkorban atau mengambil alih tugas orang lain.Perkongsian wanita tersebut mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya turut bersetuju dengan pandangannya.Malah, ramai turut berdepan situasi sama apabila sering diambil kesempatan hanya kerana berstatus bujang. "Jangan cover kerja dia. Biar HR (sumber manusia) handle kes dia yang pending tu."Orang terpaling ada keluarga, habis orang lain tak ada keluarga?" demikian antara komen netizen.